After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


03 July 2014

Keperluan Student Medic UKM Tahun 3

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kali ni, aku nak list kan apa yang korang perlu ada sebelum melangkah ke Tahun 3. basically, semua yang korang dah beli masa Tahun 1 dan Tahun 2 dulu tetap akan digunakan untuk tahun-tahun seterusnya. so, jangan risau lah. takkan membazir punya =)

***

First of all, sebagai clinical student... setiap masa korang akan pergi ke wad dan klinik. so, jangan lah lupa untuk memakai white coat. dah beli mahal-mahal, takkan tak pakai kan. hehe. then, matric card bersama nametag emas tu pun haruslah tergantung pada white coat anda sepanjang masa. kalau tak nak pakai pun takpe. tapi, bersedialah untuk kena marah dengan supervisor =P



Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah perbezaan antara lab coat dan white coat? jawapannya... lab coat yang korang dah beli masa pre-clinical years dulu tu, takde tempat untuk sangkut tendon hammer sedangkan white coat ada. lagipun... white coat ni... poket dia banyak dan besar-besar pulak tu. memang sesuai sangat lah untuk clinical student yang perlu sumbat macam-macam barang dalam poket white coat. hihi =)

Memandangkan setiap hari kita kena pakai white coat, kemungkinan untuk white coat tu menjadi kotor adalah sangat tinggi. dah lah putih pulak tu kan. so, kalau korang ada sehelai je white coat... nak pakai lab coat pergi ke wad pun takde masalah. asalkan gantung lah matric card dengan nametag emas kat lab coat tu.

***

Tapi, khas untuk posting JKM... korang takkan pakai white coat. so, tinggalkan lah white coat anda di HUKM dan bawa lah vest JKM bersama-sama anda ke Beranang =)



Vest ni WAJIB dipakai untuk setiap aktiviti dalam posting JKM. matric card dan nametag emas juga haruslah tergantung kat vest sepanjang masa.

***

Untuk posting IM pulak... ada banyak benda wajib yang perlu korang bawak sentiasa ke wad. dah kata kena buat physical examination setiap hari kan... haruslah ada benda-benda ni. hehehe.

So, yang pertama sekali adalah stetoskop. korang dah beli kan masa second year dulu. jangan dibuang pulak. berguna tau stetoskop tu sampai bila-bila. kekeke.

Kemudian... measuring tape dan pen torch pun haruslah sentiasa tersimpan dalam poket white coat korang. kalau boleh, korang beli lah pen torch tu lebih sikit. kalau nak buat Cranial Nerve Examination, ada masanya kita perlukan dua pen torch. haaaa alang-alang dah cakap pasal Cranial Nerve Examination, neurokit haruslah ada ye =)

Tak dilupakan... encik tendon hammer kita. dah sibuk-sibuk gantikan lab coat dengan white coat, takkan tak sangkut tendon hammer kat white coat baru tu kan =P

***

Untuk posting Surgery pun korang masih memerlukan benda sama yang digunakan masa posting IM. cuma kebarangkalian untuk menggunakan neurokit dan tendon hammer dalam posting surgery ni kurang sikit lah. hehe.

***

Untuk posting O&G pulak, satu-satu nya alatan wajib yang perlu sentiasa ada dalam poket white coat korang adalah measuring tape. tanpa measuring tape, gagal lah obstetrics examination anda.

Tapi, kebanyakan lecturer akan rasa annoyed kalau korang guna measuring tape yang ni untuk ukur symphysio-fundal height.



Aku rasa... sebab bunyi dia yang bising dan juga sedikit-sebanyak mengganggu kelancaran korang untuk ukur symphysio-fundal height tu. so, nasihat aku... korang tukar jelah kepada measuring tape yang macam ni:



Ikat bahagian belakang dan cuma biarkan sekurang-kurangnya 40 cm je yang tak terikat. serius! memang senang je nak ukur symphysio-fundal height tu nanti. tape ni pun murah je kot.

***

Orait. rasanya tu je yang diperlukan masa Tahun 3 ni. tak banyak pun kan. sekadar cukup mengembung kan poket white coat anda. ahaks! =P


Posting 4 - Obstetrics & Gynaecology

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kini... tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh korang... clinical posting ketiga dalam tahun 3... yang mana akan membuatkan korang rasa macam nak menangis tapi tak mengalir air mata... mempersembahkan... posting O&G!!!!! *bunyi dram*

Sebelum kita teruskan... sudahkah anda baca entri mengenai posting IM dan Surgery? adakah anda merasa terbeban dengan posting-posting tersebut? sekiranya jawapan anda ya, sila lah ubah fikiran anda kerana sesungguhnya... posting O&G adalah 100 kali lebih menyesakkan dada daripada dua clinical posting tu *pehhhhh... hiperbola habis =P*

Eh korang jangan lah fikir negatif sangat. aku saja je nak bagi situasi yang dramatik sikit. hehe. pada awalnya, mungkin korang akan rasa posting O&G ni tough sikit. tapi bila dah boleh adapt, insyaAllah... all is well =)



***

Sebenarnya, korang tau ke tak O&G ni pasal apa? haaaa buat yang tak tau tu, ni akak kura-kura nak habaq mai sikit. hehehe.

Korang tau kan, kebanyakan perempuan nak bersalin akan pergi hospital? so, bila dah pergi hospital tu... dia akan duduk wad Obstetrics. kiranya, Obstetrics ni merujuk kepada antenatal, pre-natal dan post-natal phase. dan... pernah kah korang dengar pasal sakit puan? haaa medical term untuk sakit puan adalah Gynaecology. kiranya, korang akan jumpa perempuan sahaja sepanjang posting O&G ni. jangan harap nak jumpa lelaki. lelaki jadian perempuan pun takde. kekeke.



Kat HUKM, unit O&G ada blok dia sendiri. O&G Admission Centre (OGAC) terletak kat ground floor manakala wad-wad O&G terletak kat tingkat 1 dan 2. bila dah cerita pasal O&G, tak sah kalau takde labour room kan. so, labour room terletak kat tingkat 1. sila lah bersedia untuk mengabdikan diri anda kat blok O&G selama 7 minggu ye =P

***

Okay. pape hal pun, marilah kita tengok jadual posting ni dulu~






So, macam biasa... CPC akan ada setiap hari Rabu pukul 8.00 hingga 9.00 pagi manakala Common Lecture pulak pada setiap hari Jumaat pukul 3.00 petang. kedua-duanya akan dijalankan kat auditorium.

Selain tu, antara aktiviti utama dalam posting O&G adalah:

* Lectures
* Workshop
* Consultant Ward Round (CWR)
* Specialist Ward Round (SWR)
* Tutorial
* Video Show
* Bedside Teaching
* Ward Round / Clinic
* Observe Procedures
* Labour Room

Lectures dan workshop akan dijalankan kat Dewan Nafisah Adeeb (DNA) yang mana dewan ni terletak dalam Jabatan O&G kat tingkat 2. kesemua 50 lebih student yang tengah dalam O&G rotation WAJIB pergi lectures dan workshop tu. attendance dalam posting ni tersangatlah strict!

Then, untuk slot CWR dan SWR... group korang akan ada sesi dengan 2 orang consultant dan 2 orang specialist yang bukannya supervisor korang pada tarikh yang dah ditetapkan dalam jadual. so, sila lah contact mereka secepat mungkin sebelum sesi CWR dan SWR korang tu. so, apa nak buat masa sesi CWR dan SWR? macam biasa... clinical student perlulah prepare case untuk di present. memandangkan korang akan ada 2 sesi CWR dan 2 sesi SWR, so sila lah prepare 4 cases ye (2 obstetrics dan 2 gynaecology).

Bagi slot tutorial pulak, group korang perlu lah prepare slides dan present mengikut tajuk yang dah ditetapkan. sesi tutorial ni akan berjalan kat DNA. untuk slot video show, korang akan tengok caesarian section video kat DNA mengikut group.



Kemudian... bedside teaching bersama supervsior haruslah ada. selain tu, untuk pengetahuan korang... cara pembahagian group dalam posting O&G adalah mengikut warna wad. ada 4 wad O&G kat HUKM iaitu wad oren, hijau, kuning dan merah. wad oren dan merah kat tingkat 1 manakala wad hijau dan kuning kat tingkat 2. so, segala sesi ward round adalah mengikut wad masing-masing. maksudnya, student wad merah perlu lah ikut ward round wad merah. tapi, itu tak bermaksud korang tak boleh masuk wad lain. boleh je. tapi, untuk ward round... korang MESTI join round wad sendiri. MESTI.

Untuk sesi clinic, macam biasa... kena ikut supervisor masing-masing. selain tu, dah jadi kewajipan untuk semua medical student observe procedures mengikut log book. akhir sekali... sila lah pergi ke labour room untuk observe / assist deliveries. goodluck! HAHA xD

***

So, ni dia format penilaian posting O&G~



Macam biasa, untuk part continuous assessment... akan ada written case report, supervisor's assessment dan log book. kalau posting IM kena hantar satu case report / case write-up, posting surgery pulak kena hantar dua... tapi posting O&G kena hantar empat! yes. EMPAT.

Korang perlu lah hantar 1 obstetrics case write-up, 1 gynaecology case write-up, 1 partogram of normal deliveries dan 1 partogram of abnormal deliveries (korang akan tau apa itu partogram bila dah masuk posting O&G). keempat-empat benda ni perlulah dihantar pada minggu ke-4. so, bila dah start je posting O&G... cepat-cepat lah cari case untuk dibuat case write-up sebab korang tak boleh langsung share case yang sama dengan kawan. untuk posting IM dan Surgery okay lah lagi sebab boleh share case. O&G memang TAK BOLEH. so, bila korang dah dapat case tu, cepat-cepat lah cop ye. tapi jangan sampai bergaduh dengan kawan pulak. rebut case punya pasal. ish ish ish.



Then, theory paper untuk final exam pulak akan menyumbang sebanyak 35% manakala clinical component akan ada dua jenis OSCE *macam biasa* iaitu short case dan written OSCE. short case akan dijalankan pada minggu ke-6 atau ke-7 kat mana-mana tempat yang disukai oleh examiner korang. perbezaan short case O&G dengan dua short case clinical posting yang lain adalah... korang dah tau awal-awal sape examiner short case korang untuk posting O&G. so, sila lah contact examiner anda untuk menentukan masa dan tempat short case yang bakal dijalankan. akhir sekali, written OSCE akan ada dalam final exam.

So, sudahkah anda bersedia untuk PASS ketiga-tiga komponen sebelum melayakkan anda melangkah ke tahun 4? =P



***

Selain tu, PPD component haruslah ada kan.



Takde beza pun dengan format penilaian PPD dalam posting surgery kan. untuk reseat posting O&G pun sama jugak. written case report dan log book tak dikira. hanya supervisor's assessment, theory dan clinical component sahaja yang akan dinilai =)

***

Antara suggested books dalam posting ni adalah:







Semua buku dalam posting ni datang dalam bentuk kembar. mesti ada satu buku Obstetrics dan satu buku Gynaecology. masa pre-clinical years dulu, kita cuma belajar asas O&G dalam Reproductive Module. tu pun hanya superficial semata-mata. memang sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan apa yang perlu kita tau dalam posting ni. so, korang kena lah lipat gandakan sikit usaha tu untuk study betul-betul dan fahamkan segala-galanya dalam masa 7 minggu. don't worry. you can do it! =D

***

So, apa yang boleh aku share pasal posting O&G adalah... posting ni memang tough. tak dinafikan. majoriti akan setuju dengan statement aku ni. hehehe. tapi, kalau korang asyik fikir tough... tough... tough... tak boleh buat... tak boleh adapt... sampai bila pun korang takkan boleh kan. so, apa yang boleh aku pesan hanyalah... sentiasa fikir positif. walaupun adakalanya korang rasa down gila dengan diri sendiri, it's okay. normal lah tu. manusia mesti lah akan rasa down sekali-sekala kan ;)



Life korang dalam posting ni bergantung kepada nasib sebenarnya. nasib korang akan jadi sangat baik kalau korang ditempatkan kat wad yang 'benign'. tapi, nasib korang akan jadi sangat dahsyat kalau korang ditempatkan kat wad yang 'malignant'. mesti korang pening kan... pebenda lah yang si kura-kura ni merepek. kejap 'benign', kejap 'malignant'. takpe takpe. nanti kalau korang dah start posting O&G, konfem korang akan faham apa yang aku maksudkan. kekeke =P

Dulu, nasib aku agak dahsyat sebab dapat wad yang paling 'malignant'. memang horrible gila. posting O&G dah berjaya membuatkan aku menangis for the first time sepanjang dua tahun lebih dalam medical school. dahsyat tak dahsyat. hahaha. aku pun terkejut dengan diri sendiri. konon kuat sangat tak pernah nangis. last-last nangis jugak =P

Alhamdulillah aku dikurniakan family dan kawan-kawan yang supportive. so, bila aku rasa down... dorang ada untuk bagi semangat kat aku. tanpa dorang, tak tau lah aku kuat ke tak untuk mengharungi 7 minggu yang penuh ranjau dan duri tu *pehhhhh ayattttttt*. so, thanks uolllllllls. lebiu. mmuaaaahhhh =P

Kata-kata semangat daripada seorang kawan =)


Dan, kalau nak difikirkan dari sudut positif... mungkin Allah tetapkan aku untuk dapat wad 'malignant' supaya aku lebih berusaha dan tak lagha. kalau dapat wad 'benign', mungkin aku akan santai, relaks dan lagha dengan macam-macam hiburan yang ada. hehehe. so, ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. bak kata omputih, everything happens for a good reason. eceh! 

Lastly, just keep calm and continue to enjoy this posting *enjoy ke... hahaha*. try perbetulkan niat, stay positive, gain courage dan ingatlah... kadang-kadang kita tak tau kemampuan diri sendiri. kalau tak pernah mencuba, macam mana nak tau kita bakal berjaya ke tak. kalau dah cuba tapi tak berjaya tu lain cerita. so, sentiasa lah berusaha dan berusaha. insyaAllah kejayaan menanti kat depan. eh dah lah. gaya dah macam penceramah bebas pulak. muahahaha. kbai =D

Juga kata-kata semangat daripada seorang kawan =)


Posting 3 - Surgery

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kali ni, aku nak sambung mengenai clinical posting yang kedua dalam third year iaitu posting surgery! mesti korang dah faham kan apa itu clinical posting berdasarkan entri aku yang lepas. well... cara pelaksanaan posting surgery ni tak banyak beza pun dengan posting IM. basically, korang tetap kena pergi wad dan ada bedside teaching. hehehe. wad surgery pulak terletak kat tingkat 5 =D

Oh ye. sebelum tu, apa kata kita tengok dulu jadual posting ni~
















Macam dalam posting IM jugak, slot dari pukul 8.00 hingga 9.00 pagi tu tetap berjalan seperti biasa. selain tu, dalam posting surgery... akan ada beberapa aktiviti utama yang bakal korang lalui iaitu:

* Lectures
* Seminar / Group Presentation
* Practical Skills Workshop
* Bedside Teaching
* Ward Round / Clinic
* Observe Procedures

Untuk slot lectures, macam biasa lah... datang je Stargate, Seagate atau DK2 dan tadah telinga. Stargate dan Seagate ni terletak dalam Jabatan Surgeri kat aras 8. berdepan je dengan Jabatan Perubatan. jangan takut sangat dengan nama 'Gate' tu. ni bilik seminar biasa. saje je nak nama gempak =P

Oh ye, DK2 terletak kat bangunan akademik... dekat je dengan auditorium =)



Lepas tu, ada pulak slot Seminar / Group Presentation kat Stargate atau Seagate. bila dah namanya seminar SAHAJA, maksudnya lecturer yang akan prepare slides dan lecturer yang akan present. tapi, bila ada group presentation sekali... maksudnya korang yang kena prepare slides dan korang jugak lah yang present. so, nanti boleh lah bahagikan tugas ye =)

Untuk slot Practical Skills Workshop tu pulak, korang akan belajar macam-macam surgical skill seperti suturing, per rectal examination, urinary catheter insertion etc. akan ada doktor yang ditugaskan khas untuk mengajar korang. tapi benda ni tak berat pun. saja je nak tambah ilmu dan have fun. hahaha. slot ni akan dijalankan kat Advanced Surgical Skill Centre (ASSC). alaaa... kat bangunan cantik tu. dekat je dengan tempat tunggu bas CSL.



Then, seperti biasa... clinical posting dan bedside teaching memang tak dapat dipisahkan! umpama irama dan lagu. muehehehe. so, macam biasa lah. sila contact supervisor masing-masing untuk teaching session dan jangan lupa clerk patient awal-awal ye =)

Selain tu, sila lah follow supervisor anda ke ward round dan clinic dia untuk menimba ilmu pengetahuan. hehehe. kemudian, boleh lah ambil masa anda untuk observe procedures kat wad jugak. ikut je log book tu. oh ye. selain daripada clinic, korang jugak perlu pergi ke Operation Theatre yang terletak kat aras 2 dan jugak Endoscopy Room kat aras 1. observe jelah procedures yang ada kat tempat-tempat tu mengikut log book.  

Dan kalau diikutkan, setiap hari Jumaat pukul 3.00 petang akan ada Common Lecture kat auditorium. mungkin pihak jabatan terlupa nak masukkan dalam jadual posting surgery ni. hehehe.

***

So, berikut merupakan format penilaian posting surgery~



Juga tak banyak beza dengan posting IM, korang perlulah pass ketiga-tiga komponen untuk melayakkan korang PASS posting. 

Dalam continuous assessment, korang tetap kena hantar written case report yang menyumbang sebanyak 10% kat supervisor. tapi kali ni bukannya satu je case report / case write up, tapi DUA! so, sila lah hantar satu case report anda sebelum minggu ke-3 dan satu lagi sebelum minggu ke-6. then, akan ada part supervisor's assessment (10%) dan juga log book dan attendance (10%). 

Untuk theory paper pulak, macam biasa... akan ada OBA, EMI dan KFQ yang menyumbang sebanyak 35%.

Clinical component pun akan ada dua jenis OSCE macam posting IM. bagi manned OSCE / short case, ia akan dijalankan pada minggu ke-7 kat wad surgery. masa ni, korang cuma perlu perform satu physical examination. lepas tu, akan ada beberapa soalan mengenai instrument, x-ray dan CT scan. bagi un-manned OSCE / written OSCE pulak, macam biasa... sama je dengan OSPE.

***

Kemudian, untuk PPD component~



Tak banyak beza pun dengan PPD component dalam posting IM kan. oh ye. aku takde format penilaian reseat posting surgery. pape pun, rasanya sama je dengan format reseat posting IM. written case report dan log book takde dah dalam penilaian reseat posting =) 

***

Ni dia suggested books untuk posting surgery =)





Sila lah order kat 'Kak Ros' dengan segera! =P

***

So, habis pun cerita pasal posting surgery. bagi aku lah kan... posting ni tak berat sangat pun. *sesuka hati je... hahaha*. memang lah banyak physical examination baru yang perlu korang belajar (boleh refer jadual klinik asas), tapi sebenarnya tak banyak sangat pun yang perlu kita cover dalam posting surgery kalau nak dibandingkan dengan posting IM. 

Pape pun... kita tetap kena study dengan bersungguh-sungguh, praktikkan apa yang kita dah belajar, pergi wad... clerk patient dan buat physical examination. ingat... dalam clinical years ni, ilmu tu perlu dicari dan semuanya atas inisiatif sendiri =D



02 July 2014

Posting 2 - Internal Medicine

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Setelah habis penerangan mengenai posting JKM dalam entri yang lepas, kini tibalah masanya untuk kita masuk ke REAL clinical posting.

Setiap kali lepas habis satu posting... akan ada cuti selama seminggu sebelum masuk ke posting baru. namanya inter-posting break. ala-ala midsem break lah kiranya ni. so, enjoy lah puas-puas cuti selama seminggu tu sebelum kembali berhempas pulas di wad. kehkehkeh =P

***

Posting Internal Medicine atau IM ni akan dijalankan sepenuhnya kat wad. takde dah nak travel-travel macam JKM tu. so, korang duduk lah kat wad puas-puas =P

Oh ye. wad IM terletak kat tingkat 6. okay... korang mesti nak tengok jadual IM kan? here it is~



Untuk pengetahuan korang, jadual ni akan digunapakai selama 7 minggu korang dalam posting IM. so, bersedia lah untuk menjalani rutin yang sama setiap hari. hihi.

Part yang pukul 8.00 hingga 9.00 pagi untuk hari Isnin hingga Khamis tu merupakan aktiviti bawah jabatan yang ada kat HUKM ni. Radiology Conference akan dijalankan kat Jabatan Radiologi (aras G) manakala Clinico-pathological Conference / CPC pulak kat auditorium. slot Department Grand Round dan Department CME Session pulak akan dijalankan kat Bilik Seminar Jabatan Perubatan (aras 8). semua slot ni memerlukan korang menadah telinga sahaja. tapi, bersedia jelah kot-kot ada doktor yang berminat untuk tanya pape soalan =P



Sebenarnya... slot Ward Rounds, Case Presentation dan Observe Procedures tu hanyalah sebagai panduan untuk korang buat apa masa tu. kalau takde panduan kang, tercangak-cangak pulak nak buat apa kat wad kan. well... lepas pukul 9.00 pagi, group korang boleh lah follow supervisor untuk ward round. alang-alang tengah ward round, boleh buat Case Presentation terus depan supervisor. lepas tu, boleh lah Observe Procedures yang ada kat dalam log book korang tu. dan boleh jugak pergi ke Endoscopy Room kat aras 1 untuk tengok bronchoscopy. dah masuk clinical posting kenalah pandai berdikari =D

Orait.. lepas tu ada slot Modular Workshop pada pukul 2.00 petang untuk setiap hari Isnin dan Khamis. untuk sesi pertama, korang hanya akan tengok gambar-gambar yang ada soalan ala-ala OSPE. so, boleh lah ambik gambar guna henfon canggih korang tu. hehe. then, segala soalan tu akan dibincangkan dalam sesi kedua. so, sila lah siapkan tugasan workshop anda ye. seriously, workshop ni amat membantu dalam menambah kefahaman korang tentang sesuatu medical problem tu =)

Ni dia contoh jadual workshop~



Then, ada pulak slot Bedside Teaching. haaaa masa ni lah group korang kena try present pape case depan supervisor. tapi, slot ni tak tetap. ketua korang kenalah contact supervisor dulu, tanya bila dia free untuk buat Bedside Teaching. kalau dia free pukul 9.00 pagi, 9.00 pagi lah korang ada teaching. kalau dia free pukul 5.00 petang, 5.00 petang lah korang ada teaching. kalau masa contact tu dia cakap lagi 10 minit nak buat teaching, be prepared lah untuk terkejut. hehehe.



Concept/Common Lecture pulak akan dijalankan kat auditorium pada setiap hari Jumaat pukul 3.00 petang =)

***

Memandangkan korang perlu lulus posting IM sebelum naik tahun 4, so marilah kita tengok format penilaian posting ni =P



Macam biasa, korang perlulah pass ketiga-tiga komponen untuk melayakkan korang PASS posting. sekarang ni, cuba korang fokus kat column Core Clinical Component dulu. IM Component lah senang cerita.

Dalam continuous assessment, korang perlu lah hantar 1 written case report kepada supervisor sebelum minggu ke-7. boleh cari pape case dalam wad, lepas tu buat case report / case write-up. jangan risau... format nya ada kat dalam log book. then, supervisor jugak akan nilai performance korang selama 7 minggu posting dan bagi markah untuk supervisor's assessment. then, observed long case pulak akan dijalankan pada minggu ke-6 atau ke-7. kali ni, korang akan dinilai oleh lecturer lain, bukannya supervisor sendiri. untuk pengetahuan korang, long case bermaksud... korang perlu present history taking dan buat physical examination sekali. lepas tu, ada lah soalan sikit pasal investigation dan management.



Then, macam biasa... mestilah ada theory paper masa final exam. MCQ akan ada OBA dan EMI manakala key featured question (KFQ) pulak ala-ala soalan subjektif. semua soalan dia straight to the point. takde dah nak karang esei panjang-panjang sampai 10 markah macam zaman pre-clinical dulu.

Lastly, untuk clinical component akan ada dua jenis OSCE. yang pertama adalah manned OSCE / short case dan yang kedua adalah un-manned OSCE / written OSCE. short case akan dijalankan masa minggu ke-7 posting IM kat Pusat Peperiksaan Tingkat 10. korang mesti pernah lalui exam CSL kan. haaaa short case ni sebijik macam exam CSL. cuma takde history taking je. hanya physical examination semata-mata. memandangkan takde history taking, so physical examination dia ada 2 stesen. 10 minit untuk setiap stesen siap dengan Q&A session sekali. so, bersedialah untuk ingat examination step bagi semua jenis sistem sebelum short case. hehe. then, written OSCE pulak sebijik macam OSPE pada zaman pre-clinical korang dulu. ia akan dijalankan masa final exam =)

***

Aku pernah terangkan dalam posting JKM yang mana setiap posting akan ada PPD component masing-masing. well... IM tak terkecuali. so, untuk format penilaian PPD... sila lah tengok kembali format penilaian di atas dan fokus pada Professionalism Component =)

Ni pulak format penilaian bagi reseat posting IM~


Cuma written case report je takde dalam reseat posting IM


***

Tak dilupakan, berikut merupakan buku-buku yang ada dalam posting ni~





Ni semua aku dapat masa program 3C. senior yang bagi. bagus kan dorang. hehe. haaaa kalau korang nak tau, kat KTDI ada satu kedai fotostat yang dimiliki oleh Kak Ros. so, kitorang semua panggil kedai tu 'Kak Ros'. hee. kalau korang nak buku yang fotostat, ada je kat kedai tu. cuma perlu order, dalam sehari je dah siap. selain tu, banyak handout dan nota-nota senior ada dijual kat kedai tu. so, rajin-rajin lah berkunjung ke 'Kak Ros' =D

***

Orait. rasa macam dah habis je cerita pasal posting IM. banyak pulak aku menaip. lenguh dah jari-jemari ni. haha.

So, apa yang korang kena kuasai untuk posting IM? sebenarnya, memang BANYAAAAAK GILA nak kena tau. ada cardiology, respiratory, nephrology, gastroenterology, endocrinology, neurology, hematology, rheumatology dan dermatology. tapi, kebanyakannya korang dah belajar dah masa pre-clinical years dulu. so, tinggal nak ingat balik je semua modul yang dah lama ditinggalkan dan nak topup mana yang patut. asas teori yang kukuh tu penting tau =)

Basically, sebagai clinical student... tugas kita adalah untuk belajar kat wad. masa ni lah korang perlu gunakan CSL skill dan asas PBL yang korang dah belajar masa pre-clinical years dulu. hari-hari kena buat History Taking dan jugak Physical Examination kat patient *macam lah aku clerk patient hari-hari =P*

Takde sape yang akan pantau korang masa kat wad. so, kena lah ada inisiatif sendiri untuk belajar. memandangkan sesi pembelajaran kita memang sepenuhnya kat wad, so korang kenalah rajin-rajin pergi ke wad ye. *aku takpe... kehkehkeh*



Selain tu, guna kan lah teknologi yang ada untuk study selain daripada online dan main game. korang boleh download macam-macam video untuk physical examination dari YouTube dan jugak macam-macam medical application dari Play Store. seeee. sape kata teknologi tu tak berguna. kalau kita pandai manfaatkan, memang sangat membantu tau =D



All in all, do your best! =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...