After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


14 May 2017

New Chapter - Housemanship

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Entri kali ni bersifat appreciation post, dan mungkin juga entri terakhir sebelum aku memulakan housemanship. Tujuan blog ni ditubuhkan pada tahun 2011 adalah sebab nak bagi overview mengenai Medic UKM kat sesiapa saja yang berminat nak baca. Tak sangka pulak ramai junior Medic UKM baca blog ni. Tambah mengharukan bila ada yang kata depa jadikan blog ni sebagai panduan untuk survive dalam medical school *terharu sambil kesat air mata palsu*.




Ada sesetengah lecturer tau kewujudan blog ni. Dari mana mereka tau tu aku pun tak tau. Ada yang okay, ada jugak yang tak okay kot. HAHA. Yang penting aku tak pernah kena attack dengan mana-mana lecturer pasal blog ni. Alhamdulillah. Hihi.

Sepanjang 5 tahun berblogging menggunakan nama kurakuramedic, ada banyak feedback, komen dan pertanyaan mengenai bidang perubatan yang aku terima. Ada yang komen kat blog dan ada jugak yang private message kat Facebook. Aku minta maaf kalau aku reply lambat, atau pun tak mampu nak jawab soalan korang. Maklum lah... aku ni noob sebenarnya tapi bajet tau semua sampai semangat buat blog. Kahkah.

***

Perjalanan hidup sepanjang kat medical school ni rasa panjang sangat. Di kala aku tengah stress dengan ward work semua, kawan-kawan sebaya kebanyakannya dah grad, dah kerja, dah kahwin, dah beranak. Pastu mula lah aku tertanya-tanya, apa aku buat kat sini? Nak patah balik macam dah terlambat. So, nak tak nak teruskan jelah. Eh korang jangan lah tiru perangai aku. Aku ni memang jenis cepat demotivated pastu aku motivate lah diri sendiri. Kehkeh.




1 Ogos 2016 merupakan tarikh keramat dalam hidup aku yang mana aku berjaya lulus Professional Exam. Tak distinction pun. Setakat lulus dah alhamdulillah sangat. Ramai yang ingat grad je dari medical school boleh senang-senang dapat kerja kan? Well... realiti sekarang tak semudah tu. Kita kena menunggu lama jugak sebelum dapat placement.

So, boleh lah rancang masa depan dari sekarang nak buat apa sebelum dapat placement. Ramai je yang kerja part time. Kalau bersemangat nak kerja dalam medical field, boleh apply jadi research assistant (RA) tak pun jadi clinic assistant. Untuk orang yang tak bersemangat medical macam aku boleh kerja part time lain. Bersepah-sepah kedai yang memerlukan part timers kat luar sana. Cari je insyaAllah dapat.

***

Pada 25 April 2017 hari tu, aku dapat emel yang mengatakan dah boleh isi E-Housemen. Program Transformasi Minda (PTM) akan dijalankan pada 15 Mei 2017. Terketar-ketar jari aku membuka emel tersebut. Dah lah masa tu tengah kat tempat kerja. Rasa tak ready sangat sebab dah lama tak sentuh medical books. Dah lah kawan-kawan rapat aku takde sorang pun dapat intake ni. Huhuhu.

27 April dah boleh isi E-Housemen tepat pada pukul 12 tengah hari. Dah macam berperang depan laptop dah gayanya semata-mata nak pilih hospital idaman. Alhamdulillah aku dapat hospital yang menjadi pilihan pertama.




Ada banyak sangat preparation sebelum PTM. Medical check-up, settle kan dokumen etc. Masa ni baru lah nak buat semua benda sebab sibuk sangat kerja part time sebelum ni. HAHA. Dah lah buku medik dah berhabuk tak disentuh berbulan-bulan lamanya.

***

Ini merupakan timeline hidup aku dari zaman selepas grad sampai laa ni. Boleh lah korang buat panduan untuk merancang masa depan. Hihi~


1 Ogos 2016 - Tamat medical school
10 Februari 2017 - Panggilan interview SPA
28 Februari 2017 - Interview SPA
20 April 2017 - Result interview (alhamdulillah lulus)
25 April 2017 - Notification untuk isi E-Housemen
27 April 2017 - Isi E-Housemen
15 Mei 2017 - Lapor diri kat Program Transformasi Minda 
22 Mei 2017 - Lapor diri kat Hospital Putrajaya


9 bulan lebih jugak lah kena menunggu sehingga mampu membuatkan ilmu medik aku lesap dari otak ini. HAHA.

***

Untuk intake Mei 2017 ni, bukan semua orang dapat. Ada ramai lagi kawan-kawan aku belum dapat placement. Tolong doakan dorang akan menyusul tak lama lagi. Kitorang yang intake Mei 2017 ni kena tagging masa bulan Ramadhan. Huwaaa tak dapat bayangkan macam mana lah nasib kitorang agaknya. Semoga kami diberikan kekuatan untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Esok aku dah start jadi government servant. Tetiba rasa cuak pabila mengenangkan ilmu medik yang dah lesap ditambah dengan clinical skill yang dah berkarat tu. Mohon doa semua semoga urusan aku dan semua doktor di Malaysia dipermudahkan :)




***

Buat adik-adik yang teringin nak jadi doktor dan sedang berkira-kira nak sambung medik, nasihat aku fikirlah masak-masak. Tanya diri korang kenapa nak jadi doktor. Niat kena betul. Sesungguhnya bidang perubatan ni tersangatlah tough. Kalau korang rasa mampu bawak, go for it! :D

Buat adik-adik junior HUKM yang tengah pre-clinical years, study smart okay. Semua ilmu pre-clinical years tu ada dalam buku je. Make sure baca dan faham, bukan baca dan hafal. Kefahaman tu penting sangat supaya korang mampu survive dalam clinical years :)

Buat adik-adik junior HUKM yang tengah clinical years, stay strong! Fasa peralihan dari zaman pre-clinical ke clinical tu memang mencabar. Kalau korang mampu lepas 3rd year, insyaAllah korang akan mampu lepas 4th year jugak :)

Buat adik-adik junior HUKM yang tengah final year, all the best! Tinggal 1 posting je lagi sebelum study week. Aku faham zaman final year ni lah zaman yang paling fragile. Physically, mentally and emotionally exhausted sampai korang rasa betul ke jalan yang aku pilih ni. Nasihat aku, keep on motivate diri sendiri untuk habiskan this journey. Kalau korang dah berjaya survive sampai 4th year, takkan tinggal setahun je lagi tak boleh kan? Fighting! :D

Akhir sekali, nasihat untuk diri aku sendiri. Semoga aku mampu mengharungi segala cabaran dan rintangan yang mendatang. Semoga aku bersemangat sepanjang housemanship. Dan semoga aku mampu menjadi doktor yang berintegriti. Mohon doa semua ye :)


Being a doctor is not about glamour, it is all about RESPONSIBILITY


Till then, goodbye! All the best :D


5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum amd Hi! Im from UKM too. Student of biochemistry. Nak tanya, before register for degree haritu, ada akk senior told me yang it is possible if I already finished 3 years in Biochemistry, then I want to further my study in Medic. Just want a reconfirmation regarding that, is it true? And if it's true, how can we apply and what's the main syarat for that? Thankyou :)

kurakuraygslow said...

Waalaikumussalam. Yup memang boleh masuk medic kalau dah habis degree in health science. Boleh refer sini utk syarat kelayakan.

http://kurakuramedic.blogspot.my/2011/11/kelayakan-untuk-memasuki-medic-ukm.html

Anonymous said...

As salam mua lai kum.
Akak Yg iv SPA tu utk ape?

Anonymous said...

Assalamualaikum and hi how much is the first pay for Houseman in Malaysia now? And what the take in count to give placement for Houseman because u mentioned some of your friends didnt manage to get it?

Anonymous said...

Assalam boleh ke dari fakulti sains kesihatan ukm nak tukar ke fakulti farmasi ukm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails