Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hai korang, budak pandai!
Dah dekat setahun tak update blog ni, rasa janggal pulak bila nak menaip semula. haha. memandangkan pelajar second year Medic UKM dah pun habis end of semester examination dan insyaAllah bakal melangkah ke third year bulan Ogos ni, jadi aku rasa macam satu kewajipan pulak untuk update semula blog ni sekaligus memberikan informasi yang berguna untuk korang semua *hak tuihhhh =P*.
So, hmmmmm dari mana kita nak mula ye? *garu-garu dagu*
***
Haaaaa... korang tau kan, pabila korang dah lulus second year dengan jayanya, itu menandakan zaman pre-clinical korang dah berakhir. so, korang akan melangkah ke fasa baru iaitu fasa klinikal a.k.a fasa sengsara. muahahaha *gelak jahat*.
Dan... untuk tahun klinikal ni, korang takkan ada lecture dalam DK1 lagi. takkan jugak ada PBL dalam BSKK lagi. dan takde praktikal dalam MPG mahupun dewan diSEKSI lagi. kali ni, hidup korang sepenuhnya kat WAD. yup kat WAD. dari pagi hingga petang. mungkin juga hingga ke malam. hehehe =P
Oleh kerana hidup korang akan diabadikan di dalam wad, marilah kita bersama-sama berpindah ke HUKM, Cheras. say goodbye to UKM KL =(
***
Bila sesi pembelajaran dah berpindah ke HUKM, ofkos la kolej pun kena pindah kan. kalau dulu korang stay kat KTSN, kali ni... marilah kita stay kat KTDI pulak =)
Buat sape-sape yang tak pernah explore HUKM tu, mesti tertanya-tanya kan... di mana letaknya KTDI ni. sebenarnya, KTDI ada je dalam kawasan HUKM tu. tapi kat bahagian belakang lah. buat korang yang selalu tunggu bas CSL kat depan blok jururawat tu, haaaa memang dah dekat dah dengan kawasan kolej. kalau korang jalan lagi sikit, konfem akan terjumpa bangunan kolej yang tersergam indah. hihi.
Ada dua golongan majoriti yang boleh stay kat KTDI iaitu golongan student medic dan juga student nursing. hehe. antara kemudahan yang ada kat sini termasuklah kaferia (sebuah je pun), surau, gimnasium, mini mart dan court (tak pasti pulak court apa... hihihi) =P
Pejabat KTDI
Kalau kat K1, korang akan stay bilik single atau double kan? KTDI pulak berkonsepkan rumah. dalam satu rumah ada empat bilik yang boleh memuatkan empat penghuni. so, ofkos la masing-masing ada bilik sendiri. dalam rumah tu pulak, dah siap dengan bilik air dan ada lah ruang kecik sikit yang boleh diibaratkan sebagai ruang tamu.
Part yang best pasal KTDI ni... korang boleh bawak peti ais, mesin basuh dan pape lagi peralatan elektrik yang dibenarkan. korang jugak boleh stay sampai tahun 5 kat bilik yang sama. tapi kena maintain merit lah. so, kalau korang nak cat ke, nak hias ke... suka hati. buat lah macam rumah sendiri =)
Then, masa yang diambil untuk berjalan kaki dari kolej ke wad... dalam 5 hingga 10 minit lah lebih kurang. tapi, kalau korang lari, 2 minit pun dah sampai. so, kalau suka bangun lambat... boleh lah berlari tiap-tiap hari. hehe =P
Salah satu blok kat KTDI. ada 6 blok kesemuanya =)
***
Konsep nak stay dalam KTDI sama je macam zaman korang kat KTSN dulu. ofkos la kena kumpul merit kan. so, merit terkumpul korang kat KTSN dulu akan menentukan penempatan korang kat Cheras. kalau merit banyak, mungkin dapat stay KTDI. macam mana pulak kalau merit tak banyak. how? how?
Haaa itulah gunanya kolej luar. kat Cheras ni... ada satu kolej luar iaitu Laman Midah. sama jugak macam Plaza Rah, korang akan stay kat apartmen yang mana bercampur dengan golongan bukan pelajar UKM. dalam sebuah rumah akan ada ruang tamu, dapur dan 3 bilik tidur. 6 orang boleh muat satu rumah.
Apartmen Laman Midah =)
Jarak dari Laman Midah ke HUKM boleh dikatakan agak jauh. kalau korang jalan kaki, mungkin dalam 15 ke 25 minit jugak kot baru sampai. yuran KTDI dengan kolej luar sama je pun. takde beza. dalam RM600++ per semester.
***
So, secara ringkasnya... korang akan ada dua pilihan untuk menjalani kehidupan sebagai clinical student. pilihan yang pertama, aktif-aktif kan lah diri anda untuk stay dalam KTDI supaya tak perlu tergesa-gesa ke wad manakala pilihan yang kedua, takyah sibuk-sibuk nak aktif, fokus kat study lagi bagus, tapi kena bangun awal sikit untuk ke wad. haaaa suka hati lah nak pilih yang mana. pilihan di tangan anda. hehe.
Last but not least, WELCOME TO CLINICAL YEARS =D
***
Updated : Sekarang ni pre-clinical students dah tak stay kat UKM KL atau KTSN. semuanya ditempatkan di UKM Kampus Cheras a.k.a HUKM. clinical students stay kat KTDI PUSAT atau LAMAN MIDAH manakala pre-clinical students stay kat KTDI2 (bekas tapak Institut Pengajian Guru [IPG]).
17 comments:
Salam akak. Prisma ke laman midah lagi best ?
Wassalam. Prisma lebih dekat dari Laman Midah. Tapi kurang cantik sikit. Laman Midah lebih cantik tapi jauh. Yuran kolej sama je. So, boleh tentukan sendiri mana lagi best :)
Haha alamak prisma buruk sangat ke ? So kalau nak gi hukm lalu jalan mana eh kak ?
Takde lah buruk sangat. Masih boleh diduduki :) Dua2 lalu jalan yang sama... kena ikut loji yang ada tangga tembus masuk ke kawasan KTDI.
dah ada 2 ktdi
akak, kalau nak tak duduj hostel boleh tak? nak ulang alik rumah?
Boleh je nak ulang alik rumah. Kalau dapat kolej, inform pihak kolej pasal ni.
Salam, dik, ada postgraduate student yg nonclinical tak kat ktdi, mcm dari umbi? Atau biasa duk luar ye?
Wassalam. Rasa-rasanya yang stay KTDI PUSAT kebanyakannya undergraduate medic dan nursing student. Kalau tak silap, most of postgraduate student stay kat nursing block atau Laman Midah. Maaf kalau tersilap info >.<
Assalamualaikum. Adakah awak masih tinggal di KTDI? Sebab ada nak tanya sesuatu ni haaaa :) Thanks!
Ayong Eton: Waalaikumussalam. Yup masih kat KTDI. Tanya lah :)
Salam. Nk tnya ni. Kalau nk apply isi borang tu pastu pass kt mna ? If hntr dkt pihak kolej ad x link web dia sbb sy google xdpt. Mana2 je yg boleh adress
Boleh x nk mntk email. Sbb sy ad few things nk tnya regarding the hostel?tq
Boleh dpt email u tak. I got few ques regarding the hostel. Please do help me π±π±πͺ
Wassalam. Tak boleh suka2 apply kolej ni. Nak stay kolej perlu aktif aktiviti kolej.
Maya: Boleh contact sy melalui Facebook. Link nya ada kat sidebar belah kiri blog ni.
Assalamualaikum
Nak tanya.. Klu dduk kat suasana lumayan condo taman tasik permaisuri 2 bleh x jalan kaki ke hukm? Jauh sgt ke?
Wahi: Waalaikumussalam. Boleh je jalan kaki. Tapi setengah jam lah kot baru sampai. Mungkin masa sampai kat HUKM, dah berpeluh-peluh. Lebih baik kalau naik motor.
Post a Comment