After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


01 August 2016

Alhamdulillah. Officially graduated. MD UKM 2016.

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Hari ini, 1 Ogos 2016. Alhamdulillah. Aku lulus Professional Exam. Dengan ini, secara rasminya, aku dah grad. Terima kasih atas doa semua. Terima kasih kepada semua pensyarah yang tak jemu-jemu mendidik kami. Tahniah kepada 244 graduan daripada 254 calon. Kepada mereka yang tak berjaya, semoga dipermudahkan laluan mereka untuk 6 bulan akan datang.

5 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Ramai cakap laluan ni susah, takde siapa cakap laluan ni senang. Terima kasih kepada mereka yang faham 'struggle' kami selama ni :)


Wajah-wajah gembira hari ini. Congratulation my batchmates! :)


Kalau nak mintak tolong korang semua doakan perjalanan aku selepas ni dipermudahkan jugak boleh tak? Terima kasih sebab sanggup baca blog ni. Semoga apa yang aku share kat sini bermanfaat untuk korang. May I become a good and safe doctor :)


 
Sincerely me,
MD UKM 2016.


20 May 2016

#misijubahmerah1516 - Tolong doakan kami

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Hari ni... 20 Mei 2016. Menandakan tinggal 51 hari je lagi untuk kami, mahasiswa perubatan UKM tahun lima mempersiapkan diri bagi PROFESSIONAL EXAM. Fine. Ramai doktor suka cakap tahun akhir. Tapi aku lebih suka guna tahun lima. Tahun akhir tu feel dia lain macam. HAHA! :P

Tahun lima ni tahap mencabar dia tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Penat dia pun... pehhhhh. Asyik dok oncall sampai seminggu dua kali stay kat wad. Haih. Sibuk nak mati. Kalau aku mengadu kat family atau kawan pun, dorang akan cakap, "sabar... kerja nanti pun macam tu jugak". So, jawapan aku... "kerja lain... ada gaji". LOL.


Exactly Captain Yoo Si Jin! :P


Haaaa... tujuan aku buat entri ni cumalah nak lepaskan rindu kat junior yang mungkin teringin nak tau update aku. Keke. Bajet je. Dalam masa yang sama, nak mintak tolong korang untuk doakan kitorang (senior-senior anda) bagi pro-exam tu nanti. Semoga kami semua berjaya mencapai #misijubahmerah1516. Amin.

Tarikh bermulanya pro-exam adalah pada 11 Julai 2016. Hanya 5 hari selepas hari raya aidilfitri. Huhu. Tak dapat lah nak makan rendang banyak-banyak :(

Okay lah. Sampai sini saja rungutan Kak Kura-Kura. Dengar cite, hari Jumaat ni ada interview Medic UKM bagi kemasukan sesi 2016/2017. All the best untuk semua bakal mahasiswa perubatan UKM. 

Kalau korang takde idea nak jawab apa masa interview tu nanti, boleh lah tiru jawapan Kang Mo Yeon ni :P




Adios!


14 September 2015

OPEN TRIP TO KOREA [SUMMER 2016]

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Aku ada buat OPEN TRIP TO KOREA pada bulan Ogos 2016. Kalau berminat nak follow trip ni, boleh lah PM FB Kura Kura Ygslow atau pun page FB Blog Kura-Kura :)




Untuk keterangan lanjut, sila klik sini :)


12 August 2015

REPOST: Secondhand Medical Books For Sale (For Pre-clinical Medical Students)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Aku nak jual secondhand medical text books for pre-cilinical students. kalau berminat, boleh lah PM Facebook Kura Kura Ygslow ataupun komen kat bawah ni. harga boleh runding :)



1. Lippincott Pharmacology
2. Levinson Microbiology and Immunology
3. Clinically Oriented Anatomy


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...