After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


19 July 2013

PPD Module IIB


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kali ni, aku akan bagi penerangan mengenai PPD Module pulak. basically, cara pelaksanaan modul ni sama je macam Semester 3 dulu. kalau ada beza pun, beza sikit je.

Berikut merupakan format penilaian PPD Module untuk Semester 4~



Macam yang korang boleh nampak kat atas, continuous assessment = 60% yang mana~

Attendance = 5%
Specific Activities (SGD) = 25%
Reflective Writing = 10%
Group Projects = 10%
Supervisor Reports = 10%

Final exam pulak menyumbang sebanyak 40%. sama jugak macam Semester 3 dulu. takde paper teori, hanya ada OSCE.

***

Kalau masa Semester 1, korang kena buat creative presentation. Semester 2 pulak korang ada visit. Semester 3 kena buat Healthy Lifestyle Seminar. Semester 4 ni pulak kena buat blog. senang je. tak susah mana pun.

Korang cuma perlu bekerjasama dengan group PBL masing-masing untuk siapkan satu blog. bukannya nak cerita pasal diri korang sendiri. toksah perasan. hehe. temanya... pape kepakaran dalam bidang perubatan. korang boleh lah pilih gynaecologist ke, urologist ke. suka hati. pastu sila bagi link blog tu sebelum dateline. jangan memandai-mandai nak bagi link blog aku pulak. haha.

Secara keseluruhannya, tugasan korang untuk blog ni akan menyumbang sebanyak 10% dalam PPD Module.



***

Selain tu, kalau Semester 3 ada sesi tayangan video Homeless to Harvard, kali ni korang tengok cerita My Sister's Keeper pulak.



***

Orait. basically tu je kot yang perlu aku ceritakan pasal PPD Module untuk Semester 4 ni. macam biasa, reflective writing jangan dilupa =)



18 July 2013

McGraw Hill Website - Semester 4

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Mungkin korang dah tau, aku ni memang suka share link website McGraw Hill. semestinya website ni sangat membantu dalam kefahaman korang. sebaiknya kita manfaatkan kegunaan internet untuk study. bukan facebooking je. hehe=P



So, check this out~








***












***








Module 4 - Reproductive System

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dah habis Module 3, sekarang ni kita pergi kepada Module 4 pulak yang merupakan modul terakhir untuk korang pelajari sebelum masuk ke clinical years. sesi pembelajaran modul ni adalah selama 3 minggu (yang padat)~








Warna hijau mewakili lecture dalam modul ni

***

Untuk Module 4 ni akan ada :

*  15 CL
*  4 SLP
*  2 PBL
*  5 P/D/MES

Modul ni pun akan ada anatomy, histology, embryology, physiology, pathology, microbiology dan pharmacology. jadual untuk modul ni tersangatlah padat sebab ada banyak lah jugak lecture untuk dijalankan dalam masa 3 minggu je. dah lah EOM nya hari Jumaat tu. pehhhh memang mencabar kepala otak! part paling tricky dalam modul ni adalah pathology. ada banyak sangat penyakit yang boleh buat kepala kita pening. hehe.

***

Berikut pulak merupakan format penilaian modul ni~



Sama jugak macam modul-modul lain, continuous assessment tetap 30% yang mana EOM = 20% dan PBL = 10%.

Bagi paper teori final exam, OBA + EMI = 30% dan MEQ = 30%. so, overall.... 60%.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 10%. soalan OSPE dia pun akan merangkumi semua bidang daripada anatomy, histology, pathology dan microbiology.

***

Ini pulak buku untuk modul ni~


***

Malangnya, aku tak jumpa pape video berkenaan modul ni. tapi aku ada terjumpa satu laman web yang sangat berguna untuk korang fahamkan Menstrual Cycle.




***

EOM untuk modul ni, Alhamdulillah aku dapat A- (75% - 79%). mungkin sebab aku bernasib baik kot dapat jawab soalan MEQ. hehe. pape pun, ini merupakan peluang terakhir korang untuk study pre-clinical subject. so, hargai lah dan manfaatkan dengan sebaik-baiknya =D



Neuroscience - CL

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Ini merupakan video yang amat berguna untuk menambahkan kefahaman korang dalam lecture~


CL 16 - Physiology of Hearing and Equilibrium


***

Selain daripada tu, aku ada terjumpa satu laman web yang sangat berguna masa tengah buat PBL. korang boleh faham Cranial Nerve VII (Facial Nerve) dengan lebih senang. berikut merupakan laman web tu~






***

Ok sampai sini je penerangan untuk Module 3. bagi aku, modul ni lebih senang kalau nak dibandingkan dengan Module 1. mungkin sebab aku faham dan hafal anatomy kot. so, korang pun perlu lah rajin-rajinkan diri ye. EOM untuk modul ni aku dapat A- (75% - 79%). Alhamdulillah =D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...