After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


18 July 2013

Module 3 - Neuroscience

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dah habis Module 2, jom kita beralih kepada Module 3. sesi pembelajaran modul ni berlangsung selama 5 minggu~



Kemudian cuti midsem selama seminggu~











Warna coklat mewakili lecture dalam modul ni

***

Untuk Module 3 ni akan ada :

*  27 CL
*  2 SLP
*  4 PBL
*  9 P/D/MES

Sama je macam sebelum ni, Module 3 pun akan ada anatomy, histology, embryology, physiology, pathology, microbiology dan pharmacology. untuk pengetahuan korang, ini merupakan modul yang berat jugak. macam Module 1.

Banyak gila kan lecture yang ada. haaa masa ni lah korang nak gunakan otak korang yang cerdik tu dengan sebaik-baiknya. hehe. benda paling penting dalam modul ni adalah anatomy. kalau korang dah boleh faham dan hafal anatomy dengan baik, insyaAllah perjalanan korang untuk modul ni akan lancar =)

***

Kita beralih pulak kepada format penilaian modul ni~



Sama jugak macam modul-modul lain, continuous assessment tetap 30% yang mana EOM = 20% dan PBL = 10%.



Bagi paper teori final exam, OBA + EMI = 25% dan MEQ = 25%. so, overall.... 50%.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 20%. soalan OSPE dia pun akan merangkumi semua bidang daripada anatomy, histology, pathology dan microbiology.

***

Ini pulak buku untuk modul ni~


***

Orait. entri seterusnya aku akan share video untuk modul ni pulak =)


Endocrine System - CL

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Memandangkan dalam Module 2 ni ada banyak topik biochemistry yang agak susah nak difahamkan kalau cuma baca lecture note, so aku nak share video-video yang berguna untuk lecture biochemistry.


CL3 - Mechanism of Hormone Action




CL 6 - Metabolism & Biochemistry Action of Thyroid Hormones





***

Orait. dah habis cerita pasal Module 2. kali ni aku dapat B (65% - 69%) untuk EOM sedangkan ramai yang dapat A. maklum lah, modul ni kan ringan sikit. tapi, disebabkan aku pandang ringan lah, aku tak baca SLP Pharmacology lagi. dan soalan tu keluar MEQ jugak. kekeke. memang takde rasa menyesal langsung =P



Module 2 - Endocrine System

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kali ni, aku akan bagi penerangan mengenai Module 2 pulak setelah habis cerita tentang Module 1 =)

Pembelajaran untuk modul ni berlangsung selama 3 minggu~








Warna merah mewakili lecture dalam modul ni

***

Untuk Module 2 ni akan ada :

*  10 CL
*  5 SLP
*  2 PBL
*  3 P/D/MES

See. modul ni lah yang paling ringan dalam Semester 4 tau. lecture tak banyak. waktu free berlambak. kemalasan pun bertambah. kekeke. memandangkan modul ni boleh lah tahan sikit lecture note yang perlu dibaca kalau nak dibandingkan dengan modul-modul lain, jadi ramai lah yang ambik mudah. sebenarnya soalan exam untuk modul ni takde lah senang sangat. tricky kot. dalam pathology, ada banyak gila test yang perlu difahamkan. bukan dihafal semata-mata ok. kena faham betul-betul. oh ye, dalam modul ni cuma ada bidang anatomy, histology, embryology, physiology, biochemistry, pathology dan pharmacology.

***

Orait... format penilaian modul ni pulak~



Sama jugak macam modul-modul lain, continuous assessment tetap 30% yang mana EOM = 20% dan PBL = 10%.

Bagi paper teori final exam, OBA + EMI = 30% dan MEQ = 30%. so, overall.... 60%.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 10%. soalan OSPE dia akan merangkumi bidang anatomy, histology dan pathology.

***

Ini pulak buku untuk modul ni~


***

Sampai sini dulu. next entry aku akan share video-video yang berguna untuk modul ni. stay tuned~


Gastrointestinal & Hepatobiliary System - MES & PBL

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Orait kali ini aku nak share video yang amat berguna untuk menambahkan kefahaman korang selepas penat mendengar lecture.


MES 5 - Bilirubin Metabolism




Korang akan belajar pasal 'bilirubin metabolism' dalam lecture 'Liver Function'. dengan adanya video ni, lebih senang lah korang nak buat MES =)

***

Sekarang ni, kita beralih pulak kat PBL. dalam semester ni, aku cuma buat tiga concept map. tu pun untuk modul ni je. maklum lah awal-awal masih rajin dan semangat. *ehem*. dah lama-lama, semangat tu jadi macam puding. kekeke =P

So, untuk PBL 1 yang bertajuk 'The Price For Fun', ada seorang student ni dapat Acute Hepatitis B lepas pergi Phuket. faham-faham lah sendiri apa yang dia buat kat Phuket sampai dapat penyakit ni. berikut merupakan concept map aku~


***

PBL 2 yang bertajuk 'Vomiting & Diarrhoea' pulak menceritakan seorang budak lelaki dapat penyakit Giardiasis sebab tak mengamalkan gaya hidup yang bersih. penyakit ni akan menyebabkan seseorang tu muntah-muntah dan cirit-birit. ni dia concept map aku~


***

Untuk PBL 3 yang bertajuk 'Severe Abdominal Pain' pulak, seorang lelaki mengadu sakit kat abdomen. rupa-rupanya dia ada gallstone yang menyebabkan Acute Pancreatitis.


***

Ok dah habis cerita pasal Module 1. lepas ni aku akan sambung cerita mengenai Module 2 pulak. aku cuma dapat C+ (55% - 59%) untuk EOM. ni semua sebab aku tak baca SLP Pharmacology dan soalan tu pulak yang keluar MEQ. hihi. jadi pengajarannya kat sini, SLP tu perlu dibaca ok =D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...