After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


19 January 2013

Urinary System - CL & PBL

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Ini merupakan video untuk menambahkan kefahaman korang tentang Micturition Reflex. check this out~




***

Sekarang ni, jom kita beralih kepada PBL pulak.

Untuk PBL 10 yang bertajuk 'Puffy Face', patient ni ada penyakit Minimal Change Disease yang seterusnya menyumbang kepada Nephrotic Syndrome. maksudnya, dia ada problem dengan buah pinggang dia. dah kata dalam modul urinary kan. of course lah pasal buah pinggang.

So, ni dia concept map aku~


***

Seterusnya, untuk PBL 11 yang bertajuk 'The Case of Red Urine', patient ni ada penyakit Urothelial Carcinoma yang berpunca daripada sejenis bahan kimia.... sebab dia kerja kat kilang dakwat. oh ye, Urothelial Carcinoma tu maksudnya bladder cancer.

So, ni dia concept map aku~



***

Ok. setakat tu je cerita mengenai Module 4. untuk EOM modul ni, Alhamdulillah aku dapat A- (75% - 79%). mungkin sebab aku usaha lebih sikit kot. usaha tu kan tangga kejayaan =)



Tolong doakan aku lulus ye final exam modul ni. selagi belum dapat result, selagi tulah hati ni tak tenang. hehe =D


Module 4 - Urinary System

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kini, tibalah masanya untuk aku bercerita mengenai Module 4. segala penerangan mengenai Module 3 dah pun lengkap kat sini =)

Sesi pembelajaran Module 4 ni akan berjalan selama 3 minggu je. tapi, EOM untuk modul ni dijalankan pada minggu seterusnya. so, check this out~









Warna hijau mewakili lecture dalam modul ni

***

Untuk Module 4 ni akan ada :

*  16 CL
*  1 SLP
*  2 PBL
*  6 P

Sama jugak macam Cardiovascular dan Respiratory Module, modul ni pun akan ada anatomy, histology, embryology, physiology, pathology, microbiology dan pharmacology. 

Mungkin korang pelik kenapa aku tulis modul ni ada 2 je PBL sedangkan kat dalam jadual korang boleh nampak 3 PBL. sebenarnya, PBL yang terakhir tu bukannya mengenai Urinary System tapi mengenai MS II Module. dalam entri yang lain, aku akan cerita mengenai MS II Module pulak ye =)

***

Pendapat aku mengenai modul ni... mungkin lebih senang kot kalau nak dibandingkan dengan CVS dan Respiratory. tapi, macam biasa... soalan physiology tetap tricky. haa mungkin pathology modul ni sedikit susah kot. overall, yang lain ok-ok je.



***

Kali ni, jom kita tengok format penilaian modul ni pulak~


Sama je.... continuous assessment tetap 30% yang mana EOM = 20% dan PBL = 10%.

Bagi paper teori final exam, OBA + EMI = 30% dan MEQ = 30%. so, overall.... 60%.

Akhir sekali, OSPE pun menyumbang sebanyak 10%. soalan OSPE dia pun sama je macam CVS dan Respiratory yang merangkumi semua bidang daripada anatomy, histology, pathology dan microbiology. cuma physiology je tak masuk OSPE untuk modul ni.

***

Ini dia buku untuk modul ni~


***

Ok. sampai sini dulu penerangan tentang Module 4. lepas ni aku akan share video dan jugak concept map untuk modul ni. stay tuned~


18 January 2013

Module 3 - Respiratory System

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kali ni, aku akan bagi penerangan mengenai Module 3 pulak setelah habis cerita tentang Module 2 =)

Pembelajaran untuk modul ni berlangsung selama 4 minggu~






Kemudian, cuti midsem selama seminggu






Warna coklat mewakili lecture dalam modul ni

***

Untuk Module 3 ni akan ada :

*  15 CL
*  5 SLP
*  3 PBL
*  6 P
*  1 SGD

Sama je macam Cardiovascular Module, modul ni pun akan ada anatomy, histology, embryology, physiology, pathology, microbiology dan pharmacology. 

Tapi kali ni, ada satu je SGD mengenai physiology.

***

Pendapat aku mengenai modul ni... lebih kurang sama dengan CVS. soalan exam mengenai physiology agak tricky. tapi, modul ni lebih rumit sebab ada 3 lecture mengenai microbiology. pehhhhh... banyak gila kot microbes yang ada kena mengena dengan respiratory tract infection ni =.=


***

Orait... format penilaian modul ni pulak~



Sama jugak macam modul-modul lain, continuous assessment tetap 30% yang mana EOM = 20% dan PBL = 10%.

Bagi paper teori final exam, OBA + EMI = 30% dan MEQ = 30%. so, overall.... 60%.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 10%. soalan OSPE dia pun akan merangkumi semua bidang daripada anatomy, histology, physiology, pathology dan microbiology. sama je macam CVS.

***

Ini pulak buku untuk modul ni~


***

Malangnya, aku tak jumpa pape video berkenaan modul ni. concept map pun aku tak buat langsung. hehe. so, setakat ni jelah info yang dapat aku kongsi =)

***

EOM untuk modul ni, Alhamdulillah aku dapat B (60% - 64%). mungkin sebab soalan EOM dia tak tricky sangat kot. tapi, soalan final Module 3 ni memang susah. bukan aku je rasa macam tu. kawan-kawan aku pun setuju final exam Module 3 yang paling susah. huhu. harap-harap aku lulus modul ni. amin~


Cardiovascular System - CL & PBL

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Orait. kali ni, aku nak share dengan korang mengenai video-video yang amat berguna untuk menambahkan kefahaman selepas dah penat mendengar lecture.


CL 2 - Development of the Heart



CL 4 - Electrical Activity of the Heart & ECG



CL 5 - Cardiac Cycle



CL 6 - Cardiac Output



CL 10 - Coronary and Cerebral Circulation


***

Harap korang boleh manfaatkan video ni semua dengan sebaik-baiknya =)

***

Sekarang ni, kita beralih pulak kat PBL. 

PBL 4 yang bertajuk 'Restart My Heart' menceritakan tentang patient yang ada penyakit Sick Sinus Syndrome. SA node patient tu tak berfungsi seterusnya menyebabkan P wave tak wujud dalam ECG tracing. so, nilah dia concept map yang aku buat~


***

PBL 6 yang bertajuk 'Killer Within' pulak menceritakan tentang seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. disebabkan kemalangan tu, dia hilang banyak darah seterusnya mengalami Hypovolemic Shock. so, ini lah concept map aku~


***

Yezza! habis dah cerita pasal Module 2. EOM untuk modul ni aku dapat cukup-cukup makan je iaitu C (50% - 54%). semuanya sebab salah faham mengenai soalan physiology yang keluar essay. daripada 10 markah tu, entah berapa markah je yang aku dapat agaknya. haish.

Takpelah. cerita pasal EOM dah lepas. yang penting, aku harap aku akan lulus modul ni untuk final exam. amin~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...