After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


11 February 2012

Module 4 - Metabolism

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Akhirnya, tibalah masanya untuk aku terangkan pasal module yang terakhir dalam Semester 1, iaitu Module 4. korang dah pun jelas pasal Module 3 dalam entri sebelum ni kan. so, skang ni, jom kita berkenalan dengan Module 4 - Metabolism.







***

Module 4 agak berbeza dengan modul-modul sebelum ni. sebab, waktu pembelajaran modul ni adalah sangat padat. kalau modul yang lain ambik masa sebulan, modul ni cumalah tiga minggu.

Sama jugak macam EOM sebelum ni, EOM untuk Module 3 jugak akan dijalankan betul-betul sebelum sesi pembelajaran untuk Module 4 bermula. akan tetapi, EOM untuk Module 4 pulak akan dijalankan dalam minggu terakhir modul ni. sebab, modul ni kan modul yang terakhir. lepas EOM 4 je terus start study week untuk Final Exam.

So, masa untuk korang study untuk EOM 4 adalah sangat suntuk. sila pastikan korang tak study last minute untuk modul ni. sebab, modul ni memerlukan kefahaman dan hafalan yang sangat banyak.

***

Untuk Module 4 ni akan ada :

* 12 CL
* 2 SLP
* 2 PBL
* 2 MES
* 1 SGD
* 1 SDL

Untuk CL, SLP, PBL dan MES, sama je formatnya macam modul-modul sebelum ni. SGD dan SDL pulak masuk dalam subjek PPD. format SGD dan SDL ada diterangkan dalam entri pasal PPD tu.

Kali ni, SDL sesi kedua, yang mana merupakan sambungan daripada sesi pertama dalam Module 3. kumpulan yang belum buat persembahan dalam SDL sesi pertama akan buat persembahan dalam sesi kedua ni.

***

Ok, skang ni korang tengok lah pulak format penilaian untuk Module 4~




Sama jugak macam Module 3, OSPE dah takde dalam modul ni. jadi, Final Exam akan menyumbang sebanyak 70% yang terdiri daripada OBA + EMI + MEQ.

Manakala, baki lagi 30% akan diambil daripada Continuous Assessment iaitu EOM sebanyak 20% dan PBL sebanyak 10%.

***

Ni pulak buku-buku yang lecturer recommend untuk digunakan dalam modul ni~




***

Ok, habis dah cerita pasal jadual, format penilaian dan senarai buku dalam Module 4. lepas ni, aku akan terangkan pasal PBL untuk modul ni pulak.

Stay tuned~

06 February 2012

Membrane & Receptors - CL & PBL

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Jadual, format penilaian dan jugak buku-buku untuk Module 3 sume dah diterangkan kat sini. so, kali ni, aku nak share video yang boleh membantu pemahaman korang dalam modul ni pulak.

***

CL 1 - Structure & Function of Membrane



Sebenarnya, video ni daripada McGraw Hill punya website. McGraw Hill merupakan publisher buku-buku ilmiah yang femes jugak lah. insyaAllah dalam entri yang akan datang, aku akan bagi link website McGraw Hill pulak. memang banyak info bermanfaat yang boleh korang dapat daripada website tu =)



CL 4 - Neuromuscular Transmission


Sila pergi ke link ni untuk tengok video :


***

Dalam PBL 6 yang bertajuk 'Taking Medicine The Correct Way', cuma lah pasal ada sorang pesakit ni, dia ada Ischaemic Heart Disease (IHD). so, sebagai treatment, doktor bagilah dia ubat yang ada kandungan nitrates untuk dia makan secara sublingually (letak kat bawah lidah) tiap kali rasa sakit. masalah nya, lama-lama ubat tu dah tak berkesan. so, doktor pun bagi lah ubat lain untuk dimakan secara orally (telan) pulak. kiranya, PBL ni memerlukan kita fokus kepada advantage dan disadvantage untuk pelbagai route of administration of drugs.




***

PBL 7 - Why Me, Not Her?, pasal sorang pembantu rumah dari Indonesia dapat penyakit Tuberculosis (TB). jadi, housemate pembantu rumah tu diberikan isoniazid sebagai prophylaxis (pencegahan) TB. masalahnya, dia dapat jaundice pulak lepas ambik ubat tu. kawan dia yang hidap TB tak pulak kena jaundice. so, PBL ni menceritakan tentang drug metabolism yang boleh menyebabkan side effect terhadap diri seseorang.




***

Dalam PBL 8 - Droopy Eyes, sorang pekerja wanita akan mengalami drooping of eyelid (kelopak mata tertutup) tiap kali dah sampai waktu petang. sebenarnya, ni merupakan simptom penyakit Myasthenia Gravis (MG). so, kita pun kena bincang pasal punca MG dan jugak test untuk menentukan MG ni, iaitu Tensilon Test.




***

Ok, part Module 3 pun dah habis. dan, first time dalam EOM aku dapat A (80% - 100%). hehe. yup, alhamdulillah aku dapat A untuk EOM 3 ni. seriously, aku berusaha lebih sikit untuk Module 3  berbanding dua modul sebelum ni. so, my effort have been paid. syukur! =D



14 January 2012

Module 3 - Membrane And Receptors

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dah lama gila aku tak update blog kan. sebenarnya, hari ni dah pun bermula study week untuk Final Exam. baru je semalam selesai Exam End of Module (EOM) untuk Module 4 sekaligus menandakan silibus untuk Semester 1 dah pun habis. tahun ni kitorang dapat study week 2 minggu disebabkan cuti Tahun Baru Cina pada minggu kedua. selalunya study week seminggu je. untunglaa tahun ni kan =P

***

Errr... Module 4 dah pun lepas. tapi, aku baru nak update pasal Module 3. sori sangat-sangat lah ye para readers. lepas habis EOM 3 kan terus masuk Module 4. memandangkan jadual untuk Module 4 tersangatlah pack, aku tak jumpa masa yang sesuai untuk update blog. so, masa study week ni jelah aku free sikit kot. hehe =)

Aku dah terangkan segala info mengenai Module 2 kan sebelum ni. so, skang jom kita tengok jadual Module 3~




Lepas tu, cuti midsem selama seminggu =D










Sama jugak macam EOM Module 1 hari tu, EOM untuk Module 2 pun akan dijalankan betul-betul sebelum kelas untuk Module 3 ni start. so, sila lah study sebaik-baiknya ok =)

***

Untuk Module 3 ni akan ada :

*  16 CL
*  4 SLP
*  3 PBL
*  2 MES
*  2 CAL
*  1 SGD
*  1 SDL (rujuk sini)

Kali ni, takde Praktikal (P) dah. tapi, MES ada balik. masa Module 2 kan takde MES. CAL tu pulak adalah Computer Aided Learning. masa ni kena pergi makmal komputer ikut group dan boleh cuba jawab soalan mengenai Pharmacology yang ada dalam komputer kat makmal tu. untuk pengetahuan korang, modul ni merupakan gabungan antara subjek Physiology dan Pharmacology.

SGD dan SDL pulak masuk dalam subjek PPD. untuk SGD, sama je macam modul yang lepas. tapi, SDL ni baru lagi kan bagi korang. SDL ni takde kelas pun. cuma kena buat persembahan berdasarkan tema yang diberikan je. group aku buat lakonan. ada je group lain buat game show, puisi dan sebagainya.

Tema SDL group aku adalah Man and His Family. pandai-pandai kitorang lah nak buat persembahan apa ikut tema tu. aku selaku pencipta jalan cerita dan juga penulis skrip, dah pun berjaya cipta satu cerita yang entah pape. hahaha!




***

Ok, skang jom kita tengok format penilaian Module 3 pulak.




Kali ni, takde OSPE dah. ada Theory Paper dan Continuous Assessment je. Continuous Assessment macam biasa, EOM menyumbang sebanyak 20% dan PBL pulak 10%. jumlahnya 30%. 

Baki lagi 70%, sumenya ada kat Theory Paper yang terdiri daripada OBA + EMI + MEQ. modul ni agak tough lah kiranya. memang kena skor Theory Paper disebabkan peratusan yang sangat banyak =.=

***

Jom tengok part buku pulak.




Aku ada buku nombor 2 je setakat ni. hehe. tu buku Physiology. ramai lecturer cadangkan buku nombor 1 untuk Pharmacology. tapi aku tak beli pun. aku beli buku Pharmacology yang lain. buku Katzung tu boring, sumenya tulisan. aku prefer buku yang banyak gambar dan rajah. so, aku beli Illustrated Pharmacology. hehe =D

***

Ok, habis dah part jadual, format penilaian dan jugak buku untuk Module 3. next entri, kita masuk pasal CL dan PBL untuk modul ni pulak.

Stay tuned bebeh~

13 December 2011

Ciri-Ciri Budak Medic Yang Nerd

Assalamualaikum & salam sejahtera...

 


1.  Setiap hari mesti pakai baju kurung/baju kemeja pergi ke kelas.

2.  Bagi yang perempuan, selalu pakai tudung bawal. shawl adalah sangat jarang dipakai oleh budak medic.

3.  Kad matrik umpama nyawa. sentiasa tergantung di leher.

4.  Kasut bertutup adalah satu kemestian. susah nak nampak budak medic pakai sandal.

5.  Bawak bagpack dengan muatan hampir 5 tan setiap hari. oh ya, kedua-dua tali bagpack tu hendaklah digalas, baru nampak ke'nerd'an nya. kalau galas sebelah je, nama nya stailo. harap maklum.

6.  Pegang buku tebal gila hari-hari. tak tau lah budak medic tu baca ke tak.

7.  Waktu tengah tunggu bas, tengah tunggu makanan siap, tengah tunggu lecturer masuk kelas mahupun waktu dalam tandas, nota tak lepas dari tangan. satu saat tak baca nota umpama satu markah exam akan ditolak.

8.  Bawak botol air besar gedabak, siap dengan tali.

9.  Masih berlegar-legar di fakulti walaupun kelas dah habis.

10.  Masa-masa senggang dihabiskan dengan duduk di library. satu-satu nya tempat yang dapat menenangkan hati budak-budak medic yang nerd.

11.  Berjalan-jalan di sekitar fakulti sambil memakai white coat yang tertera logo 'Fakulti Perubatan'.

12.  Memakai spec. ( errrr aku kah? hahaha =D )




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...