Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hai korang, budak pandai!
Hari ni... 20 Mei 2016. Menandakan tinggal 51 hari je lagi untuk kami, mahasiswa perubatan UKM tahun lima mempersiapkan diri bagi PROFESSIONAL EXAM. Fine. Ramai doktor suka cakap tahun akhir. Tapi aku lebih suka guna tahun lima. Tahun akhir tu feel dia lain macam. HAHA! :P
Tahun lima ni tahap mencabar dia tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Penat dia pun... pehhhhh. Asyik dok oncall sampai seminggu dua kali stay kat wad. Haih. Sibuk nak mati. Kalau aku mengadu kat family atau kawan pun, dorang akan cakap, "sabar... kerja nanti pun macam tu jugak". So, jawapan aku... "kerja lain... ada gaji". LOL.
Exactly Captain Yoo Si Jin! :P
Haaaa... tujuan aku buat entri ni cumalah nak lepaskan rindu kat junior yang mungkin teringin nak tau update aku. Keke. Bajet je. Dalam masa yang sama, nak mintak tolong korang untuk doakan kitorang (senior-senior anda) bagi pro-exam tu nanti. Semoga kami semua berjaya mencapai #misijubahmerah1516. Amin.
Tarikh bermulanya pro-exam adalah pada 11 Julai 2016. Hanya 5 hari selepas hari raya aidilfitri. Huhu. Tak dapat lah nak makan rendang banyak-banyak :(
Okay lah. Sampai sini saja rungutan Kak Kura-Kura. Dengar cite, hari Jumaat ni ada interview Medic UKM bagi kemasukan sesi 2016/2017. All the best untuk semua bakal mahasiswa perubatan UKM.
Kalau korang takde idea nak jawab apa masa interview tu nanti, boleh lah tiru jawapan Kang Mo Yeon ni :P
Adios!