Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hai korang, budak pandai!
Masa Tahun 3, kita tak mampu berpisah dengan white coat kan? yessss begitu juga Tahun 4! silalah pakai white coat anda setiap masa bersama matric card dan nametag emas yang tercinta.
Selain itu, ada beberapa lagi keperluan yang diperlukan terutamanya untuk posting ENT dan Ophthalmology. bersedialah untuk mengorbankan sedikit wang anda bagi membeli otoscope dan ophthalmoscope set yang berharga RM600++!!!
Kat HUKM, kebiasaannya kita akan guna jenama Welch Allyn. sebenarnya, kalau tak nak beli pun takpe. tapi, korang kena buat muka tak malu sikit untuk pinjam kat orang lain. otoscope akan digunakan masa posting ENT manakala ophthalmoscope akan digunakan masa posting Ophthalmology.
Berdasarkan pengalaman, otoscope sangat berguna kalau nak praktis kat kawan (check telinga kawan). kalau nak check telinga patients, boleh guna otoscope yang ada kat klinik ENT je. tapi, ophthalmoscope memang kena ada sebab fundoscopy memerlukan praktis yang kerap. kat klinik Ophthal tak banyak pun ophthalmoscope untuk digunakan. jadi, better ada ophthalmoscope sendiri.
Pape hal pun, set ni memang dijual secara kembar. tak boleh nak beli ophthalmoscope je. so, pandai-pandai lah korang buat pilihan =)
***
Untuk posting Psychiatry pulak, korang perlulah bawa stetoskop, pen torch, neurokit dan tendon hammer sepanjang masa. jangan ingat posting Psychiatry takde physical examination ye. kita tetap kena buat segala relevant examination untuk exclude psychiatric disorder due to organic causes.
***
Bagi posting Orthopaedic, segala pen torch, neurokit dan tendon hammer masih diperlukan. lagi-lagi untuk spine examination.
***
Dalam posting Paediatrics pulak, sentiasalah bawa stetoskop, measuring tape, pen torch, neurokit dan tendon hammer anda. tolong lah praktis physical examination selalu.
Selain daripada tu, dalam posting Paediatrics, ada satu examination yang dinamakan developmental assessment (DA). jadi, korang kena ada DA set yang boleh didapati kat Kak Ros dengan harga RM25.
Silalah praktis DA banyak-banyak kat HKL! =D
***
Okay! itu sahaja yang diperlukan masa Tahun 4. boleh lah simpan duit dari sekarang untuk beli otoscope and ophthalmoscope set serta DA set tu. ahaks! ^^
Semoga bertemu lagi kat entri Tahun 5. annyeong~