After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


24 June 2014

Posting 1 - Medicine & Society III (Community Health)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai! 

Dalam entri yang ni, aku dah pun cerita pasal Klinik Asas. kini tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh korang iaitu POSTING SEBENAR!

Sebelum tu, kalau korang tengok takwin tahunan batch aku dalam entri yang lepas... akan ada slot Kem PPD2 selama seminggu selepas Klinik Asas. so, marilah kita pergi ke Kem PPD buat kali kedua terlebih dahulu. memandangkan korang dah pernah pergi Kem PPD1 masa Tahun 1 dulu, so apa yang boleh aku katakan... takde beza mana pun Kem PPD2 dalam Tahun 3 ni. 

Batch aku tetap pergi tempat yang sama iaitu Kem BTN Ulu Sepri, Rembau. kitorang tetap nampak muka jurulatih yang sama dan kitorang tetap menginap kat dorm yang sama. hehehe. oh ye. bezanya... cumalah dulu masing-masing baru nak kenal batch sendiri. sekarang ni masing-masing dah kenal. kita perlu ambil masa untuk kenal kawan-kawan dari UNPAD jelah =)



Untuk Kem PPD ni, grouping tak ikut posting dalam group 1 hingga 4 tu. kita akan campur je dengan group-group lain. barulah berkembang sikit kan. kalau tak memang nampak muka yang sama jelah selama setahun dalam Tahun 3. hihi.

***

Orait. habis dah cerita pasal Kem PPD2. marilah kita bersama-sama memulakan posting sebenar =)

Macam apa yang aku nyatakan dalam entri yang lepas, korang akan melalui setiap posting dalam clinical years ni mengikut turutan group masing-masing. itu bermakna, korang akan ada groupmates yang sama selama setahun. pesanan aku... tolonglah jangan muak menghadap muka groupmates korang tu. bhahahaha =P

Kalau dalam pre-clinical years korang perlu lulus semua modul untuk naik tahun, clinical years ni tak terkecuali. korang perlu lulus kesemua 4 posting termasuk PPD untuk melayakkan korang ke Tahun 4. kalau ada terkandas mana-mana posting, korang perlu reseat posting selepas habis Final Exam dalam Semester 2 nanti.



Errrr... nanti-nantilah aku cerita pasal reseat posting okay. belum start posting dah sibuk nak reseat pulak. hehehe.

***

p/s: aku akan memulakan entri mengenai posting sebenar mengikut turutan group 1~

Memang nama posting ni... Medicine & Society III a.k.a Community Health. tapi, kitorang semua panggil JKM (Jabatan Kesihatan Masyarakat) je. bukankah JKM tu merujuk kepada Community Health. hihi.

Setiap posting akan dijalankan selama 8 minggu, tapi memandangkan kita dah pun ada Klinik Asas selama seminggu untuk setiap posting, jadi jumlah minggu untuk posting sebenar dah berkurangan kepada 7 minggu sahaja *eh sahaja ke... haha*.

***

Untuk pengetahuan korang, posting JKM akan berlangsung kat Pusat Latihan Kesihatan Masyarakat (PULAKEM) Beranang, Selangor. so, sila lupakan seketika kehidupan di wad... lupakan seketika bilik korang kat KTDI mahupun Laman Midah dan marilah bersama-sama mengemas beg untuk dibawa ke Beranang =)

PULAKEM Beranang ni terletak bersebelahan dengan Klinik Kesihatan (KK) Beranang. so, kalau korang nak bawak kereta pun boleh. taip jelah KK Beranang dalam GPS, konfem jumpa. bagi yang takde kereta tu, jangan risau... ada bas yang akan membawa korang ke sana. jadi berpada-pada lah dalam mengemas barang tu. korang stay sana 7 minggu je pun, bukan 7 tahun =P

Tempat yang cantik... cuma sedikit panas. hehe =D


Kat PULAKEM ada pelbagai kemudahan contohnya bilik kuliah, makmal komputer dan 2 blok tempat penginapan pelajar. 1 blok pelajar lelaki, 1 lagi blok pelajar perempuan. konsep bilik kat sini sama je macam kat KTSN. 2 orang satu bilik dan ada bilik air kat setiap aras. mesin basuh pun ada. tapi sebuah jelah kat tingkat bawah. so, pandai-pandai lah korang share ye. kalau nak bina otot tangan, sila lah basuh baju menggunakan tangan. ada je tempat basuh baju dalam bilik air tu =)

Kedua-dua blok dipisahkan oleh kafeteria. tapi, nama je kafeteria. takde orang menjual-jual pun kat situ. hehe. so, bagi yang suka memasak tu... boleh lah bawak segala bahan-bahan masakan korang. kat kafeteria tu ada dapur, periuk belanga, sudip senduk, pinggan mangkuk, sudu garpu dan peti sejuk. so, inilah masanya nak tunjuk bakat memasak. hehe.



Tapi, kalau tak suka memasak pun takpe. setiap waktu makan akan ada bas yang ditugaskan untuk membawa korang ke tempat makan yang ada di sekitar Beranang. so, jangan risau lah. tak kebulur pun stay sini. boleh je hidup walaupun jauh dari kemudahan yang terdapat kat bandar =P

***

So, apa yang ada dalam posting JKM ni?
















***

Sebenarnya, posting JKM tak dikira sebagai clinical posting. al-maklumlah... korang bukannya duduk kat wad pun. so, posting ni boleh diibaratkan sebagai rural posting lah kiranya. korang akan masuk kampung, berinteraksi dengan orang kampung dan sebagainya.

Antara aktiviti utama dalam posting ni adalah:

* Lectures
* Fieldwork to Klinik Kesihatan (KK) and Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
* Community Health Survey
* Health Intervention
* Proposal Preparation


Apa yang aku maksudkan dengan aktiviti utama? well... selama 7 minggu kat Beranang, boleh dikatakan itulah aktiviti korang setiap hari. lectures tu macam biasa lah kat bilik kuliah dalam PULAKEM. korang pun dah bosan dengan lectures masa pre-clinical years kan. hehe. 

Untuk fieldwork ke KK, tengoklah korang dapat KK Semenyih atau KK Beranang. kalau dapat KK Semenyih, kenalah naik bas awal-awal pagi untuk ke sana. kalau dapat KK Beranang pulak, takyah mengada-ngada nak naik bas. jalan kaki cukup. sebelah PULAKEM je pun.

Untuk fieldwork ke PKD pulak, memang semua orang kena naik bas. sebab PKD Kajang tu boleh dikatakan agak jauh dari PULAKEM. so, apa aktiviti yang korang kena buat kat KK dan PKD tu? takyah sibuk-sibuk nak tau sekarang. korang follow jelah log book tu nanti. hehe =P

Selain tu, dah namanya Community Health posting kan, tak sah kalau takde Community Health Survey. so, ni lah masanya untuk korang masuk kampung dengan tujuan menjalankan survey mengenai tahap kesihatan penduduk. 



Segala hasil kajian yang korang dapat daripada survey tu akan digunapakai untuk organise satu program wajib dalam posting ni iaitu Health Intervention Day. korang kan dah biasa terlibat dalam HC, konfem takde masalah kan untuk organise program ni pulak. well... itulah gunanya communication skill. bukan dengan penduduk kampung je, tapi dengan groupmates jugak =)

Kemudian, setiap minggu korang akan ada perjumpaan dengan supervisor masing-masing bagi Proposal Preparation. konon-konon korang nak buat research... sebab tu kena ada proposal. tapi, konon-konon jelah. bukannya buat research betul-betul pun.

***

Okay. itu dia aktiviti utama dalam posting JKM. kalau korang tengok balik jadual kat atas, dalam minggu ke-6 dan ke-7... ada banyak gila slot presentation. well... selain daripada 5 aktiviti utama tu, JKM merupakan posting yang paling banyak presentation dan group work.

* Occupational Health Presentation
* Public Health Presentation
* Grand Seminar (Community Health Survey and Health Intervention)
* Proposal Presentation


Slot untuk Occupational Health dan Public Health Presentation

***

Kebiasaannya... bila dah habis posting, mestilah kena ada exam kan. JKM tak terkecuali. korang akan ada dua mini test iaitu End of Posting Mini Test (epidemiology + statistics) dan Basic Statistic Mini Test (statistics only). End of Posting Mini Test akan dijalankan kat PULAKEM. habis je mini test tu, terus bertolak pulang ke HUKM sebab Proposal Presentation dan Basic Statistic Mini Test akan dijalankan kat HUKM je. so, say goodbye to PULAKEM and Beranang =(

***

Bila dah tengok jadual, tak sah kan kalau tak tengok format penilaian posting ni sekali~



Cara penilaian clinical years ni tak sama dengan pre-clinical dulu. takde dah carry mark untuk dibawa ke final exam. sekarang ni, continuous assessment kena pass, final exam pun kena pass... barulah dikatakan PASS posting.

Macam yang korang boleh tengok kat atas, continuous assessment dalam posting JKM ni terbahagi kepada tugasan individu dan berkumpulan. sebenarnya, tak susah pun nak pass continuous assessment kalau korang komited dengan segala tugasan korang tu =)

Untuk final exam pulak, tak banyak beza pun dengan zaman pre-clinical dulu. ada MCQ dan MEQ. untuk posting ni, MCQ nya OBA sahaja. MEQ ala-ala essay... ada soalan besar beserta pecahan soalannya sekali. OSCE macam biasa lah... korang akan jawab soalan kat stesen berpandukan gambar yang diberi. so, korang kena lah work hard sikit untuk final exam sebab dah takde carry mark untuk back-up markah final korang ni. 

Tapi, setakat ni... tak pernah pulak aku dengar sape-sape terkandas posting JKM. so, korang jangan lah nak buat rekod pulak ye =P

***

Errr... selain daripada tu, aku nak story pasal PPD jugak. korang mesti dah biasa dengan PPD module masa pre-clinical years dulu. well... PPD tetap ada dalam clinical years. cuma, cara pelaksanaan dia lain sikit. setiap posting akan ada PPD component masing-masing. dan PPD component ni pun perlu PASS jugak bagi melayakkan korang layak ke Tahun 4. so, jangan main-main.

Berikut merupakan format penilaian PPD untuk posting JKM~



Macam biasa... akan ada continuous assessment dan final exam component jugak. untuk continuous assessment tu, korang kena hantar 2 reflective writing mengenai posting JKM yang menyumbang kepada 20%. untuk part Module Supervisor's dan Mentor report tu, terpulang kat supervisor dan mentor korang lah untuk bagi markah.

Dalam final exam pulak, akan ada 1 soalan KFQ dan 1 soalan OSCE mengenai PPD. rasanya, next entry lah baru aku ceritakan secara details mengenai final exam dalam Tahun 3. orait?

***

Kita... tibalah masa yang korang nantikan. apakah buku yang sesuai untuk dibaca dalam posting ini? jawapannya....




TIADA!!!




Korang toksah lah susah-susah nak cari buku untuk study posting ni. segala nota masa pre-clinical dulu dah cukup untuk back-up memori korang mengenai Medicine & Society. hehehe =D 

***

Okay lah. rasanya setakat tu je kot cerita mengenai posting JKM. secara jujurnya, JKM merupakan posting yang paling best dan kurang stress! korang boleh jalan-jalan kat kampung, tak stress dengan wad, dan tak perlu pakai white coat. hehehe. setiap masa cuma perlu pakai vest JKM je. so, tinggalkan lah white coat korang tu kat KTDI dan Laman Midah. apa guna beli vest sampai RM50 kalau tak pakai waktu JKM kan =P

Selain tu, bila dah posting kat Beranang ni... dah menjadi satu tradisi untuk kitorang daki Bukit Broga dan buat BBQ party kat PULAKEM. tengok lah betapa enjoy nya kehidupan kami di sini. hehehe. so, mungkin korang boleh teruskan tradisi tu. all in all, enjoy lah puas-puas masa posting JKM =)



20 June 2014

Klinik Asas

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Well... memandangkan aku dah pun cerita pasal Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) dalam entri yang lepas, so marilah kita beralih ke topik yang paling disukai korang iaitu silibus Tahun 3 Perubatan UKM. hehe =D


Ni takwim tahunan batch aku. Basically, sama jelah kot tiap-tiap tahun pun =)


Masa aku dulu, kitorang daftar kolej hari Sabtu. sebab Ahad tu ada orientasi kecil-kecilan lah sikit. al-maklumlah, budak pre-clinical nak masuk clinical kan... ofkos la banyak soalan yang terbuku dalam fikiran mereka. hewhew =P

Orientasi yang dinamakan Core Clinical Course (3C) tu berlangsung dari pukul 8 pagi sampailah 4 petang. malam tu ada perjumpaan dengan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) KTDI pulak. pehhh penuh gila jadual. belum mula sesi pembelajaran lagi ni. eh tapi korang jangan lah tak pergi pulak program 3C tu. banyak tau input yang boleh korang dapat daripada program tu. masa tu lah senior nak share sikit pengalaman clinical years dengan korang, nak touring around HUKM, nak bagi tips pasal exam dan sebagainya =D




Dan lagi satu, kalau korang tak tau lagi lah... masa third year ni korang akan berjumpa dengan 40 lebih lagi student twinning UKM-UNPAD (Universiti Padjajaran, Bandung). dorang dah belajar 3 tahun pre-clinical kat sana dan akan sambung lagi 3 tahun clinical kat UKM. so, boleh dikatakan student UKM-UNPAD ni tua setahun lah daripada kita yang kat UKM ni. hehe. masa program 3C tu jugak lah korang boleh ambik masa berkenalan dengan dorang. yelah, nanti kita kan akan bersama-sama dorang selama 3 tahun kat clinical years ni. ahaks =P

***

So, bila dah habis cerita pasal hari Ahad, marilah kita beralih ke hari Isnin =)

Kalau korang nak tau, masa third year ni... sebelum kita start posting sebenar, akan ada 4 minggu posting olok-olok *eceh* yang dinamakan KLINIK ASAS.

Kenapa Klinik Asas ni sampai 4 minggu? haaa korang tau tak, akan ada 4 posting dalam third year~


Posting 1 - Medicine & Society III (Community Health) - JKM
Posting 2 - Internal Medicine - IM
Posting 3 - Surgery
Posting 4 - Obstetrics & Gynaecology - O&G


So, Klinik Asas bagi setiap posting akan dijalankan selama seminggu. 1 minggu x 4 posting = 4 minggu. sebab tu lah ada 4 minggu untuk Klinik Asas! (matematik lah sangat... bhahaha) =P

***

Tapi... cara belajar clinical ni tak sama dengan pre-clinical dulu. bukannya semua orang ambik posting yang sama dalam satu-satu masa. nanti korang akan dipecahkan kepada 4 kumpulan besar yang mana ada lebih kurang 50 lebih student dalam setiap satu kumpulan. so, akan ada rotation macam ni~




So, agak-agak... korang boleh faham tak? sebenarnya kalau tak faham sangat pun takpe. itulah gunanya program 3C. sila-sila lah bertanya kan pelbagai soalan kepada senior anda. hihi.

***

Eh apa motif entri ni tadi? haaaa nak cerita pasal Klinik Asas. so, korang akan melalui Klinik Asas ikut turutan posting sebenar nanti. sebagai contoh, kalau korang Group 1... so Klinik Asas akan bermula dengan JKM - IM - Surgery - O&G. macam apa yang aku dah bagitau awal-awal tadi, semua posting untuk Klinik Asas akan berjalan selama seminggu =)

Okay. sekarang aku nak cerita secara details pasal benda alah Klinik Asas ni. setiap satu kumpulan besar akan dipecahkan kepada beberapa lagi kumpulan kecik. dan setiap kumpulan kecik ni akan ada supervisor sendiri. supervisor ni terdiri daripada kalangan clinical lecturer yang mana dorang jugak sangat sibuk dengan tugas-tugas kat wad. so, tolong hormat masa lecturer kita ni sikit. dorang banyak lagi kerja lain selain daripada nak jumpa korang. haha =P

Supervisor masa klinik asas hanya kekal sebagai supervisor klinik asas sahaja. nanti masa posting sebenar, korang akan dapat supervisor lain. next entry baru aku cerita pasal posting sebenar okay. sekarang ni kita fokus kat klinik asas dulu =)

***

So, apa yang korang kena buat masa klinik asas? 

Berikut merupakan jadual klinik asas masa zaman kitorang. tak tau lah masa zaman korang nanti jadual ni berubah ke tak~









Mesti korang dah takut tengok jadual klinik asas ni kan =P

***

Sebenarnya, klinik asas ni simple je. takde apa yang patut ditakutkan pun. korang memang akan ada supervisor, akan ada teaching session sejam dua, akan ada log book... tapi... takkan ada assessment mahupun exam *bunyi bunga api sikit* =P

Dah nama pun klinik asas kan, so tujuan dia cuma lah nak mendedahkan korang dengan asas klinikal sebelum masuk posting sebenar. mungkin masa ni lah korang boleh refresh balik segala ilmu pre-clinical yang dah berkarat tu. masa ni jugak lah nak praktik balik segala history taking dan physical examination yang korang dah belajar masa CSL dulu. masa ni lah korang nak jumpa patient betul, bukan patient olok-olok. masa ni lah nak pergi wad tiap-tiap hari untuk join ward round *nangis*.




***

So, kesimpulannya... klinik asas yang berjalan selama 4 minggu a.k.a sebulan ni hanyalah permulaan kepada zaman sengsara korang. bhahahahaha. maklumlah... klinik asas mana ada markah pape. log book pun sekadar hiasan je. tapi, bila dah masuk posting sebenar nanti, everything is count. EVERYTHING *muka nates*. ehhh okay cukup lah aku menakutkan korang dengan caps lock tu. haha =P

Kita jumpa lagi next entry. aku akan bagi info pasal posting sebenar pulak. chow bebeh~


18 June 2014

Kolej Tun Dr Ismail

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dah dekat setahun tak update blog ni, rasa janggal pulak bila nak menaip semula. haha. memandangkan pelajar second year Medic UKM dah pun habis end of semester examination dan insyaAllah bakal melangkah ke third year bulan Ogos ni, jadi aku rasa macam satu kewajipan pulak untuk update semula blog ni sekaligus memberikan informasi yang berguna untuk korang semua *hak tuihhhh =P*.

So, hmmmmm dari mana kita nak mula ye? *garu-garu dagu*

***

Haaaaa... korang tau kan, pabila korang dah lulus second year dengan jayanya, itu menandakan zaman pre-clinical korang dah berakhir. so, korang akan melangkah ke fasa baru iaitu fasa klinikal a.k.a fasa sengsara. muahahaha *gelak jahat*. 

Dan... untuk tahun klinikal ni, korang takkan ada lecture dalam DK1 lagi. takkan jugak ada PBL dalam BSKK lagi. dan takde praktikal dalam MPG mahupun dewan diSEKSI lagi. kali ni, hidup korang sepenuhnya kat WAD. yup kat WAD. dari pagi hingga petang. mungkin juga hingga ke malam. hehehe =P



Oleh kerana hidup korang akan diabadikan di dalam wad, marilah kita bersama-sama berpindah ke HUKM, Cheras. say goodbye to UKM KL =(

***

Bila sesi pembelajaran dah berpindah ke HUKM, ofkos la kolej pun kena pindah kan. kalau dulu korang stay kat KTSN, kali ni... marilah kita stay kat KTDI pulak =)



Buat sape-sape yang tak pernah explore HUKM tu, mesti tertanya-tanya kan... di mana letaknya KTDI ni. sebenarnya, KTDI ada je dalam kawasan HUKM tu. tapi kat bahagian belakang lah. buat korang yang selalu tunggu bas CSL kat depan blok jururawat tu, haaaa memang dah dekat dah dengan kawasan kolej. kalau korang jalan lagi sikit, konfem akan terjumpa bangunan kolej yang tersergam indah. hihi.

Ada dua golongan majoriti yang boleh stay kat KTDI iaitu golongan student medic dan juga student nursing. hehe. antara kemudahan yang ada kat sini termasuklah kaferia (sebuah je pun), surau, gimnasium, mini mart dan court (tak pasti pulak court apa... hihihi) =P

Pejabat KTDI


Kalau kat K1, korang akan stay bilik single atau double kan? KTDI pulak berkonsepkan rumah. dalam satu rumah ada empat bilik yang boleh memuatkan empat penghuni. so, ofkos la masing-masing ada bilik sendiri. dalam rumah tu pulak, dah siap dengan bilik air dan ada lah ruang kecik sikit yang boleh diibaratkan sebagai ruang tamu.

Part yang best pasal KTDI ni... korang boleh bawak peti ais, mesin basuh dan pape lagi peralatan elektrik yang dibenarkan. korang jugak boleh stay sampai tahun 5 kat bilik yang sama. tapi kena maintain merit lah. so, kalau korang nak cat ke, nak hias ke... suka hati. buat lah macam rumah sendiri =)

Then, masa yang diambil untuk berjalan kaki dari kolej ke wad... dalam 5 hingga 10 minit lah lebih kurang. tapi, kalau korang lari, 2 minit pun dah sampai. so, kalau suka bangun lambat... boleh lah berlari tiap-tiap hari. hehe =P

Salah satu blok kat KTDI. ada 6 blok kesemuanya =)


***

Konsep nak stay dalam KTDI sama je macam zaman korang kat KTSN dulu. ofkos la kena kumpul merit kan. so, merit terkumpul korang kat KTSN dulu akan menentukan penempatan korang kat Cheras. kalau merit banyak, mungkin dapat stay KTDI. macam mana pulak kalau merit tak banyak. how? how?

Haaa itulah gunanya kolej luar. kat Cheras ni... ada satu kolej luar iaitu Laman Midah. sama jugak macam Plaza Rah, korang akan stay kat apartmen yang mana bercampur dengan golongan bukan pelajar UKM. dalam sebuah rumah akan ada ruang tamu, dapur dan 3 bilik tidur. 6 orang boleh muat satu rumah. 

Apartmen Laman Midah =)


Jarak dari Laman Midah ke HUKM boleh dikatakan agak jauh. kalau korang jalan kaki, mungkin dalam 15 ke 25 minit jugak kot baru sampai. yuran KTDI dengan kolej luar sama je pun. takde beza. dalam RM600++ per semester.

***

So, secara ringkasnya... korang akan ada dua pilihan untuk menjalani kehidupan sebagai clinical student. pilihan yang pertama, aktif-aktif kan lah diri anda untuk stay dalam KTDI supaya tak perlu tergesa-gesa ke wad manakala pilihan yang kedua, takyah sibuk-sibuk nak aktif, fokus kat study lagi bagus, tapi kena bangun awal sikit untuk ke wad. haaaa suka hati lah nak pilih yang mana. pilihan di tangan anda. hehe. 

Last but not least, WELCOME TO CLINICAL YEARS =D

***

Updated : Sekarang ni pre-clinical students dah tak stay kat UKM KL atau KTSN. semuanya ditempatkan di UKM Kampus Cheras a.k.a HUKM. clinical students stay kat KTDI PUSAT atau LAMAN MIDAH manakala pre-clinical students stay kat KTDI2 (bekas tapak Institut Pengajian Guru [IPG]).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...