After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


31 October 2012

Apa Reaksi Korang Sejurus Lepas Dapat Result EOM?

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hai junior!

Ye... aku tau memang dah lama gila aku tak update. errr... actually mungkin cuma lama. gila tu aku. banyak sangat lah kerja bila dah masuk second year ni. menyesal aku masuk second year. baik aku terus lompat fifth year je. HAHA! *ok tak lawak*

Haa baik aku terus straight to the point. kalau orang Melayu cakap, terus ke arah titik. ok... korang baru je lepas first End of Module Exam (EOM) as a UKM medical student kan? dan korang pun baru je lepas dapat result EOM Module Cellular Biomolecules hari tu. so, amacam result korang? ada ok? ke tarak ok?




***

Buat sape-sape yang dapat A tu, aku ucapkan sekalung tahniah lah dekat korang. korang memang superb. sangat layak untuk dibelanja McD oleh doktor. tapi, buat sape-sape yang tak berapa nak lulus tu.... senang cite gagal.... korang toksah lah nak menangis air mata darah segala. ni baru permulaan kot.

Aku tau... mesti korang dah biasa skor dari tadika sampai lah ke Asasi / Matrik. mula-mula jadi pelajar terbaik tadika, pastu 5A UPSR, 8A PMR, 10A+ SPM, 4 flat Asasi / Matrik... tapi last-last gagal EOM. pastu duk mula lah nak teriak segala. memang mengada!

Sebenarnya, normal lah kalau result tak berapa nak ok dalam Medic ni. cuma jangan lah santai sangat pulak pasni. try gandakan usaha. dalam Medic ni kena usaha lebih kalau nak cemerlang... got it?


So, tu jelah pesanan aku. bajet bagus sangat. muahahaha =D

***

Oh ye. sebenarnya tujuan asal aku buat entri ni adalah untuk bertanya kat korang, adakah blog aku ni menyumbang atau membantu pelajaran korang... lagi-lagi dalam Module 1 yang baru lepas hari tu. yelah.. kang aku duk syok sendiri je buat entri tapi langsung tak membantu korang, buat apa kan. so, sila respond dan berikan jawapan korang kat poll yang ada kat belah kiri blog ni ye. kerjasama anda amat diperlukan dalam pembangunan blog ini. sekian terima kasih =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...