Hai korang, budak pandai!
Dah lama gila aku tak update blog kan. sebenarnya, hari ni dah pun bermula study week untuk Final Exam. baru je semalam selesai Exam End of Module (EOM) untuk Module 4 sekaligus menandakan silibus untuk Semester 1 dah pun habis. tahun ni kitorang dapat study week 2 minggu disebabkan cuti Tahun Baru Cina pada minggu kedua. selalunya study week seminggu je. untunglaa tahun ni kan =P
***
Errr... Module 4 dah pun lepas. tapi, aku baru nak update pasal Module 3. sori sangat-sangat lah ye para readers. lepas habis EOM 3 kan terus masuk Module 4. memandangkan jadual untuk Module 4 tersangatlah pack, aku tak jumpa masa yang sesuai untuk update blog. so, masa study week ni jelah aku free sikit kot. hehe =)
Aku dah terangkan segala info mengenai Module 2 kan sebelum ni. so, skang jom kita tengok jadual Module 3~
Lepas tu, cuti midsem selama seminggu =D
Sama jugak macam EOM Module 1 hari tu, EOM untuk Module 2 pun akan dijalankan betul-betul sebelum kelas untuk Module 3 ni start. so, sila lah study sebaik-baiknya ok =)
***
Untuk Module 3 ni akan ada :
* 16 CL
* 4 SLP
* 3 PBL
* 2 MES
* 2 CAL
* 1 SGD
* 1 SDL (rujuk sini)
Kali ni, takde Praktikal (P) dah. tapi, MES ada balik. masa Module 2 kan takde MES. CAL tu pulak adalah Computer Aided Learning. masa ni kena pergi makmal komputer ikut group dan boleh cuba jawab soalan mengenai Pharmacology yang ada dalam komputer kat makmal tu. untuk pengetahuan korang, modul ni merupakan gabungan antara subjek Physiology dan Pharmacology.
SGD dan SDL pulak masuk dalam subjek PPD. untuk SGD, sama je macam modul yang lepas. tapi, SDL ni baru lagi kan bagi korang. SDL ni takde kelas pun. cuma kena buat persembahan berdasarkan tema yang diberikan je. group aku buat lakonan. ada je group lain buat game show, puisi dan sebagainya.
Tema SDL group aku adalah Man and His Family. pandai-pandai kitorang lah nak buat persembahan apa ikut tema tu. aku selaku pencipta jalan cerita dan juga penulis skrip, dah pun berjaya cipta satu cerita yang entah pape. hahaha!
***
Ok, skang jom kita tengok format penilaian Module 3 pulak.
Kali ni, takde OSPE dah. ada Theory Paper dan Continuous Assessment je. Continuous Assessment macam biasa, EOM menyumbang sebanyak 20% dan PBL pulak 10%. jumlahnya 30%.
Baki lagi 70%, sumenya ada kat Theory Paper yang terdiri daripada OBA + EMI + MEQ. modul ni agak tough lah kiranya. memang kena skor Theory Paper disebabkan peratusan yang sangat banyak =.=
***
Jom tengok part buku pulak.
Aku ada buku nombor 2 je setakat ni. hehe. tu buku Physiology. ramai lecturer cadangkan buku nombor 1 untuk Pharmacology. tapi aku tak beli pun. aku beli buku Pharmacology yang lain. buku Katzung tu boring, sumenya tulisan. aku prefer buku yang banyak gambar dan rajah. so, aku beli Illustrated Pharmacology. hehe =D
***
Ok, habis dah part jadual, format penilaian dan jugak buku untuk Module 3. next entri, kita masuk pasal CL dan PBL untuk modul ni pulak.
Stay tuned bebeh~