After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


19 November 2016

Program Persediaan Pegawai Perubatan Siswazah

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Selepas Professional Exam, jangan ingat life korang dalam Fakulti Perubatan UKM dah berakhir. Cer tengok takwin tahunan ni sat~


Tolong fokus kat slot warna kuning


Hari terakhir clinical exam jatuh pada hari Sabtu. Dah menjadi tradisi, hari Ahad akan ada farewell dinner MD UKM. Then, hari Isnin sampai lah Khamis ada program untuk slot kuning kat atas tu. Namanya Program Persediaan Pegawai Perubatan Siswazah. Program ni wajib untuk semua student medic, nursing dan emergency medicine.

Nah ni jadual program tersebut~




Masa ni nama program sedap sikit. Hihi.




Program ni bukannya dipenuhi dengan slot ceramah semata-mata. Assessment pun ada okay! Ingatkan dah habis ProExam boleh lah simpan segala buku elok-elok dalam laci. Sekali, ada assessment Airway Management, BLS dan ACLS! Memang menggelabah lah masing-masing duk google semula ACLS algorithm. Hihi.

Katanya, program ni diwujudkan atas permintaan senior. Senior batch mana tu aku tak tau. Macam nak panggang je dorang sebab cadangkan assessment selepas ProExam. HAHA :P

Overall, okay lah program ni. Banyak jugak input yang berguna lagi-lagi slot "Perkongsian Pengalaman Pelbagai Disiplin". Dapat dengar House Officer share pengalaman depa. Slot "Latihan Kepakaran, Sub-bidang dan Akademik" pun best. Terpengaruh lah sikit nak sambung bidang mana untuk postgraduate studies. Kehkeh.

Cuma tang kena keluar duit sendiri untuk makan je tak berapa nice. HAHA :P

***

Program ni habis pada Khamis petang. So, sape-sape yang rumah dekat tu boleh lah balik ke rumah dulu sementara menunggu result ProExam yang keluar pada hari Isnin. Memandangkan aku tak sempat berhari raya ekoran ProExam jatuh pada tanggal 6 Syawal, masa ni lah nak tebus segala kesedihan tersebut. Kuikui. Orang lain dah habis raya dah. Cheq baru sibuk nak makan rendang. Sadis kan.

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. 1 Ogos 2016. ProExam result nak keluar woi! Kalau pergi emergency mau nya kena diagnose Acute Coronary Syndrome. Dari tadi dok palpitation, sweating, peripheral numbness semua ada!

Result kitorang diumumkan kat DK1 Preclinical Block. Mula-mula, Prof Zaleha merangkap dekan bagi ucapan sikit, then terus start pengumuman calon-calon yang berjaya. Nama korang akan diumumkan mengikut urutan nombor matrik. Kalau nama korang tetiba takde dalam urutan tersebut, maksudnya korang kena repeat 6 bulan. Yang penting berdoa tanpa henti supaya nama korang ada dalam pengumuman tersebut okay :)

Alhamdulillah... nama aku ada dalam pengumuman tersebut. Tambah manis bila nama kawan-kawan rapat aku pun ada. Gembira bila kitorang berjaya grad sama-sama :)

*sila klik sini untuk entri mengenai hari pengumuman result ProExam tersebut*




***

Dengan ini secara rasminya aku dah jadi alumni UKM. Hehe. Life selepas grad tentulah lebih bahagia sebab dah tak perlu pergi wad, cover bed, kena marah. HAHA! Tapi tulah... dah 3 bulan grad. Sampai laaa ni interview SPA pun belum lagi. Dulu masa study dapat JPA. Laaa ni kena lah kerja part time untuk menyara hidup sendiri. Hihi.

Then, pada 8 November 2016... kitorang konvo kat DECTAR, UKM Bangi. Konvo sangat best. Tapi bila mengenangkan diri ni masih belum jadi doktor yang bekerja, kurang sikit best tu. HAHAHA!


MISI JUBAH MERAH accomplished!


Selepas konvo, korang akan dapat Sijil Ijazah macam ni :)


Dalam Bahasa Melayu


In English


Transkrip cuma dapat dalam Bahasa Melayu je. Kalau nak transkrip in English kena bayar RM20.




Gini lah transkrip nya. Semua result dari first year sampai final year terpampang kat situ.


Ni pulak transkrip Kemahiran Insaniah. Segala program HC yang korang dah buat sampai cukup 8 jam kredit ada kat situ.


***

Okay sampai sini je cerita selepas ProExam. Tak menarik sangat pun. Unemployed katakan. HAHA. Tolong doakan urusan batch aku dipermudahkan ye. Semoga kitorang semua cepat dapat placement dan mampu bawak nama MD UKM dengan sebaiknya. Besar tanggungjawab nih!


02 November 2016

JOINED TRIP TO KOREA (NOV 2016 - JAN 2017)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Aku grad 1 Ogos 2016 haritu. Hari ni 2 November 2016. Dah 3 bulan berlalu, interview SPA pun belum lagi. HAHA. So, kenalah cari ikhtiar untuk teruskan kehidupan daripada duk menganggur buat taik mata kat rumah. Kehkeh :P

Sementara tengah menganggur ni, aku ada buat JOINED TRIP TO KOREA! Hihi. Dalam #4thtriptokorea haritu dah jadi TOUR GUIDE, so confident level tu UP ciked :)




Untuk keterangan lanjut, sila klik sini :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...