After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


22 December 2012

PPD Module 1B

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Minta maaf sebab aku update blog ni ikut suka hati. haha. bila aku rasa aku free, aku akan update. dan ternyata apa yang aku update tu adalah benda lama. yelah, Semester 2 pun tak habis cerita lagi takkan nak terus lompat pergi Tahun 2. ye tak? so, kita slow-slow ok. habiskan cerita pasal Semester 2 dulu, baru cerita pasal Tahun 2.

***

Kali ni, aku nak bagi penerangan pasal PPD Module untuk Semester 2 pulak. secara keseluruhannya, PPD untuk semester ni tak banyak beza pun dengan PPD dalam Semester 1. so, korang jenguk lah jugak entri yang ni ok.

***

Berikut merupakan format penilaian PPD Module dalam Semester 2~


***

See... memang tak banyak beza pun. aku dah cakap dah. ada satu je perbezaan yang ketara antara PPD dalam Semester 1 dengan Semester 2. cer korang jenguk jadual Module 1 dan Module 2 ni. korang akan perasan, banyak gila perkataan VISIT yang ada kat jadual tu. haaaa.. dalam semester ni, korang kena buat lawatan amal ke rumah-rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur ni.

Masa ni lah korang nak praktikkan nilai-nilai kemanusiaan yang dah lama tertanam dalam jiwa korang tu *hak tuih =P*. korang akan diberikan tugasan untuk buat lawatan amal ni bila-bila masa je yang korang suka. takyah ikut slot dalam jadual pun takpe. pengangkutan untuk pergi ke rumah-rumah kebajikan tu, boleh apply kat UKM.




Selain daripada beramah mesra dengan penghuni rumah-rumah tersebut, korang juga dikehendaki siapkan laporan dan jugak buat presentation menggunakan Power Point selepas lawatan ni. satu group, satu je laporan. dan jugak satu presentation. toksah duk kalut sangat lah =P

Masa kitorang dulu, siap ada hadiah kot untuk segmen presentation dan report ni. dan group aku dapat nombor 3. ahaks! tak sangka boleh menang. wee~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...